• Admin

10 Fakta Menarik Tentang San Marino GP

Banyak kejutan pada hari Sabtu di Misano dimana kuartet Yamaha mendominasi petak hadapan kedudukan 1, 3 & 4


Sesi hari kelayakkan di GP Octo di San Marino terdapat banyak kejutan. Pol Espargaro dari (Red Bull KTM Factory Racing) yang beberapa saat mendapat pole position dipintas Vinales dari (Monster Energy Yamaha MotoGP) menjadikan beliau akan bermula pada kedudukan ke-2 dihadapan Fabio yang cemerlang dalam semua sesi. Manakala Marc Marquez bakal bermula di belakang Morbidelli untuk tempat ke-5.


Ini 10 perkara yang perlu anda tahu tentang bakal menjadi fenomena di San Marino GP:


1. Maverick Vinales telah menempah kedudukan petak hadapan sebanyak 8 kali dalam kelas premier bersamaan lagenda Luca Cadalora. Ini juga kali ke-19 Vinales bermula petak hadapan sepanjang karier. Ini juga merupakan petak hadapan semenjak perlumbaan di Qatar.



2. Ini kali-6 petak dapan bagi pengeluar pasukan Yamaha sejak Misano kembali dalam kalendar GP dari tahun 2007. Kali terakhir Yamaha bermula petak hadapan adalah 2017 dimana Vinales berakhir dengan tempat ke-4.



3. Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) unggul bermula pada petak kedua bersamaan permulaan terbaik beliau sejak memasuki kelas premier MotoGP 2014, semasa menjadi rookie di Le Mans



4. Pol telah memperbaharui rekod baru KTM Factory apabila mendapat tempat kedua dan memadam rekod kedudukan ketiga yang dicatat oleh Zarco di Brno tahun ini.



5. Jika Fabio Quartararo (PETRONAS Yamaha SRT) memenangi perlumbaan di Misano, Fabio merupakan pelumba termuda kedua memenangi kategori kelas premier dibelakang Marquez, yang muncul memenangi perlumbaan pada umur 20 tahun dan 63 hari manakala umur Fabio hari ni adalah 20 tahun & 148 hari ketika memenangi GP Amerika pada 2013. Fabio merupakan rookie pada tahun ini.


6. Franco Morbidelli mendapat grid permulaan terbaik beliau bersama (PETRONAS Yamaha SRT) dengan tempat keempat pada grid kedua dimana merupakan sesi kelayakkan terbaik diperbaharui sejak di Itali dan Catalunia awal tahun ini.



7. Dengan Vinales, Quartararo dan Morbidelli, ini adalah kali kedua tahun ini 3 pelumba Yamaha dalam kedudukan empat terbaik bersama di Catalunia.



8. Pendahulu kejuaraan, Marquez telah layak tempat ke-5 kali kedua dan ini adalah kelayakkan terburuk beliau dimana juga ke-5 di Valencia pada musim lepas. Marquez juga pernah memenangi perlumbaan walaupun bermula bukan pada kedudukan empat terbaik musim lepas di Jepun.


9. Rossi (Monster Energy Yamaha MotoGP) yang merupakan pelumba paling berjaya dalam kelas premier di Misano bersama Lorenzo dengan tiga kali kemenangan.



10. Selepas berjaya naik dari Q1 ke Q2 buat kali kedua sejal menyertai KTM tahun ini, Zarco layak dengan bermula tempat ke-8. Ini adalah kelayakkan terbaik pada litar kering sejak ketiga terbaik di Phillip Island musim lepas bersama Yamaha Tech3.

18 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020