• Admin

100 Pemenang Honda dalam Grand Prix Dunia

Khairul Idham Pawi (KIP) antara 100 nama yang pernah melakar kemenangan bersama Honda Racing Corporation (HRC) sebaris pelumba dan lagenda sukan permotoran dunia seperti Freddie Spencer, Mick Doohan, Alberta Puig dan Nicky Hayden. Paling manis KIP merupakan satu-satunya pelumba dari Malaysia dan Asia Tenggara.


Gambar: MotoGP

Senarai ini dihasilkan sejak tahun 1961 sehingga 2020 bagi semua kategori Grand Prix yang pernah dianjurkan. Senarai ini dikeluarkan semalam oleh HRC adalah selepas pelumba kelahiran Sepanyol, Jaume Masia memenangi perlumbaan #AragonGP 2020 dalam kategori Moto3.


“Daripada takut akan cabaran dan kegagalan, lebih baik takut kepada mengelak dan berdepan dengan cabaran dan tidak berbuat apa-apa .” - Soichiro Honda.

Honda merupakan pasukan pengeluar pertama yang berjaya menghasilkan 100 pemenang yang berbeza dalam semua kategori bermula dengan Tom Philis dari Australia pada 1961 sehingga Jaume Masia dari Sepanyol pada 2020 dengan keseluruhan 799 Grand Prix sekaligus melebarkan motto terkenal mereka 'The Power of Dream' yang diberikan.


Semuanya bermula pada 1954 apabila pengasas Honda, Soichiro Honda mengesahkan mahu menyertai Isle of Man TT dengan impian mahu menjadi pengeluar jenama motosikal yang berjaya dan terbaik dipentas dunia.


Kejayaan


Gambar: Honda

Daripada 100 pemenang, 31 pelumba telah memperoleh kemenangan dengan jentera Honda di kelas utama di seluruh kategori 500cc dan MotoGP, dengan 309 kemenangan di antara mereka.


Marc Marquez memenangi 56 perlumbaan dan mengatasi Mick Doohan (54), Dani Pedrosa (54), Jim Redman (45) dan Mike Hailwood (41) juga tersenarai sebagai lima pelumba Honda paling berjaya di semua kelas dari segi kemenangan.


Daripada keseluruhan kemenangan, terdapat banyak jentera ikonik yang mendorong 100 pelumba ini untuk berjaya antaranya NSR500, RS125R dan RS250RW semuanya telah mencapai lebih dari 100 kemenangan di kelas masing-masing dengan legenda seperti Mick Doohan, Valentino Rossi, Wayne Gardner, Freddie Spencer, Daijiro Kato, Max Biaggi, Loris Capirossi dan Hiroshi Aoyama membawa kemenangan dan kejuaraan bersama mereka.


Ini senarai penuh 100 pemenang Honda sepanjang 1961 - 2020:


Gambar: Honda

#100HondaWinners

193 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020