• Admin

15 Fakta Valencia Winter Test 2020; Fabio Ketuai Armada Yamaha

Permulaan MotoGP 2020 kini bermula apabila lengkapnya ujian musim sejuk di Valencia. Kesemua pelumba MotoGP yang sah berlumba menguji jentera masing-masing dan dilihat Honda bakal berdepan dengan saingan pengeluar lain terutamanya Suzuki, Yamaha dan Ducati.



Ini 15 fakta menarik selepas berkhirnya Ujian Valencia MotoGP 2020.


  1. Maverick Vinales paling laju selepas 67 pusingan . Perubahan terbaru adalah casis dan lubang angin terbaru yang dipanggil ‘ New Air Intake’.

  2. Rossi yang merupakan pelumba terakhir dalam sesi ujian di Valencia menghabiskan 68 pusingan dengan kedudukan ke-9.

  3. Yamaha ungguli 3 terbaik dengan Fabio Quartararo habiskan ujian pada kedudukan ke-2 dengan pencapaian terbaik dari ujian tahun sebelum ini dengan kedudukan ke-16 pada ujian 2019.

  4. Tempat ke-3 dikuasai oleh Franco Morbidelli selepas 53 laps dari pasukan PETRONAS Yamaha SRT.

  5. Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez lengkapkan catatan masa ujian dengan fairing baru dengan kedudukan ke-7.

  6. Penunggang satelit LCR Honda Castrol, Cal Crutchlow ke-4 dan sebelum itu beliau terbabas pada selekoh ke 10.

  7. Joan Mir meletakkan diri dalam kelompok 5 terbaik dan mengatasi rakan sepasukan Alex Rins ke -6 yang mampu menjadi pelumba yang memberi cabaran dalam MotoGP 2020 dan Suzuki masih lagi dalam fasa menambah baik enjin bagi pecutan pada garis lurus.

  8. Pelumba Redbull KTM, Pol Espargaro berada kedudukan ke-8 setelah menggunakan casis baru dengan bantuan data Dani Pedrosa.

  9. Jack Miller pula dikedudukan ke-10 dengan jentera Ducati 2020 tetapi masih tidak sempurna sepenunnya dan bakal menguji Ducati 2020 yang lengkap di Jerez nanti.

  10. Pelumba rookie Tech 3 KTM, Iker Lecouna berada dikedudukan ke-15 dan pemenang Moto2 2019, Alex Marquez berada pada kedudukan ke-20 menggunakan jentera Honda dan masih belajar kendalikan jentera yang berbeza dari sebelumnnya.

  11. Jentera RS-GP Aprilia yang dibawa Andrea Iannone terbakar apabila belaiu berada pada pecutan garis lurus disebabkan masalah elektronik.

  12. Rossi mula berkerja secara rasmi dengan jurutera baru, David Munoz yang dipilih sebelum ini bagi saingan 2020.

  13. Pasukan PETRONAS Yahama SRT mula menggunakan jentera kelas A 2020 M1 apabila Yamaha bersetuju setelah melihat prestasi Franco dan Fabio bagi musim 2019.

  14. Kemasukkan Alex Marquez dalam HRC bukan disebabkan dia keluarga Marquez tetapi disebabkan dia muncul juara Moto2 2019.

  15. Michelin hanya menggunakan kompoun lembut bagi ujian di Valencia dan bakal ujian 2 jenis kompoun ujian di Jerez minggu hadapan.




Ujian pra-musim sejuk akan diteruskan pada 25 Novemeber di Jerez dan pastinya prestasi jentera bakal tunjukkan kelainan apabila kebanyakkan pasukan hampir lengkap ubahsuai jentera mereka.



30 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020