• Admin

16 Perkara Penting Protokol Perlumbaan MotoGP Covid 19

Kemaskini: Nov 8

Berikutan pengunguman Kejohanan MotoGP Dunia yang akan kembali meneruskan perlumbaan pada Julai ini, Pengarah Perubatan MotoGP, Dr Angel Charte menegaskan bahawa protokol perlumbaan MotoGP akan menjadi lebih ketat dan dijelaskan kepada pihak penganjur, Dorna Sports, FIM dan IRTA.

Covid 19 telah masuk 'Fasa ke-3' atau 'Norma Baru' dan Dr Charte mengesahkan MotoGP khususnya bakal menjadi lebih ketat lebih dari biasa seperti 16 Protokol penting di bawah:


  1. 1 - Lakukan Ujian Covid-19 5 hari sebelum kejonanan.

  2. 2 - Mengasingkan diri selama 5 hari selepas melakukan ujian Covid.

  3. 3 - Ujian rawak akan diadakan di litar

  4. 4 - Quiron Prevencion (sebahagian daripada Quiron Salut) akan turut bekerja sama dengan pasukan perubatan bagi memastikan langkah keselamatan diambil.

  5. Peralatan dan barangan peribadi hendaklah menggunakan PPE semasa hadir ke litar

  6. Menggunakan pelitup muka setiap masa semaksima mungkin dan memastikan sentiasa membasuh tangan dan mengikuti tahap kebersihan terbaik.

  7. Pengasingan barangan peribadi mengikut pasukan dan tidak boleh bercampur dengan pasukan lain.

  8. Mengikuti garis panduan penjarakkan sosial.

  9. Menggunakan aplikasi bagi mengumpul data bagi menjejak dengan siapa mereka bertemu.

  10. Mengadakan saringan harian bagi 1200 petugas di sekitar paddock.

  11. Merangka jadual bagi Clinica Mobile supaya tidak terlalu padat.

  12. Pegawai perubatan menggunakan PPE Covid-19 seperti mana yang dilakukan oleh hospital di Eropah dan Sepanyol.

  13. Sesiapa yang disyaki dan menunjukkan simptom Covid-19 akan diasingkan di pusat perubatan untuk diperiksa lebih lanjut.

  14. Jika seseorang disyaki dan berpotensi besar dijangkiti Covid-19 akan akan dibawa ke hospital berhampiran dan ujian swab, antibodi dan fungsi jantung akan dilakukan.

  15. Jika ujian yang dilakukan adalah negatif, mereka akan dibawa ke pusat perubatan litar dan dirawat.

  16. Jika ujian adalah positif, mereka akan ditempatkan dihospital atau hotel yang telah ditetapkan dibawah seliaan pengarah perubatan MotoGP.


Buat masa ini hanya MotoGP, Kejohanan CEV Eropah (CEV) dan Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) sahaja mengesahkan perlumbaan walaupun Eropah dan negara di luar Asia mencatatkan rekod kematian dan jangkitan Covid 19 antara yang tertinggi.


Protokol ini juga boleh diguna pakai oleh semua kejohanan motosikal kerana ia telah dikaji untuk menampung pelumba dan krew dari seluruh dunia. Kejohanan seperti Asia Road Racing, Endurance World Championship, Malaysia Superbike Championship, SIC Mini GP Championship, Malaysian Cub Prix Chamionship dilihat masih berpotensi secara baik dengan mengikuti langkah-langkah yang telah dijelaskan.


Sebelum ini pihak Sepang Circuit, MAM telah bertemu dengan Dato' Sri Reezal Merican, Menteri Belia & Sukan bagi membincangkan kelangsungan pengajuran kejohanan permotoran khususnya di Litar Sepang. Garis panduan yang dibuat oleh pengarah perubatan MotoGP boleh diguna pakai oleh mana-mana penganjur kerana ia telah dinilai secara ketat dan mendapat persetujuan dari pihak berwajib.


Kejohanan di Asia perlu diteruskan dalam masa terdekat sekurang-kurangnya bermula pada Julai ini bagi memaksimakan pusingan yang tertangguh. Pemain industri kejohanan ini sangat luas dan ia merupakan rantaian secara menyeluruh. Gesaan dan desakan positif perlu ditunjukkan melalui sokongan peminat, latihan tanpa henti dari krew dan pelumba dengan mempamerkan video dan gambar yang kejohanan ini oleh dianjurkan dalam 'norma baru'.


2020 terlalu panjang untuk dihentikan tanpa sebarang kejohanan sedangkan sektor ekonomi yang berisiko tinggi telah pun dibuka pada Jun.


Sila kongsikan artikel ini bagi membantu pihak berwajib melihat kelangsungan perlumbaan boleh dilakukan dengan syarat yang ketat.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020