• Admin

+2 Untuk Fabio Bersama Yamaha Factory Racing 2021-2022

Yamaha Motor Co., Ltd mengambil langkah awal bagi menguatkan pasukan mereka musim ini dengan kali ini menandatangani pelumba kelahiran Perancis yang menetap di Sepanyol bagi 2021 - 2022. Jika kemenangan berpihak pada pasukan PETRONAS Yamaha SRT, Yamaha akan mendapat mata selaku pengeluar jentera.


Fabio yang bakal menggunakan jentera kelas A factory-spec YZR-M1 bermula 2020 bersama PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team selepas prestasi yang memuaskan musim 2019 seperti yang dijanjikan Lin Jarvis pada perjumpaan di Sepang begitu teruja untuk memulakan kempen MotoGP 2020 Februari ini dengan ujian pra - musim.



Pada 2019, pelumba kelahiran Nice, Perancis itu merangkul 7 podium dan bersaing hebat dengan juara dunia 2019 Marc Marquez (5 kali tempat ke - 2 dan 2 kali tempat ke - 3). Fabio juga berjaya berada di tempat ke - 5 keseluruhan walaupun pertama kali tampil dalam kelas premier. Selain itu, beliau turut membantu pasukan bagi gelaran Best Independent Team Rider dengan 27 mata dan mendapat gelaran Rookie of the Year dengan 100 mata dihadapan tempat ke - 2.


Fabio akan bergandingan bersama Maverick Vinales bermula 2021 hingga 2022 setelah selesai kontrak 2 tahun bersama PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (2019 - 2020) dimana tahun ini beliau diberi jentera factory spec.



Lin Jarvis mengakui Fabio adalah pelumba yang mampu melonjak nama Yamaha dengan kecemerlangan yang ditunjukkan pada 2019. Fabio berjaya mendapat 6 petak mula dan 7 podium. Ini menunjukkan kematangan dan cara tunggangan yang mantap sebagai seorang pelumba.


"Pada musim 2020, Fabio bakal menggunakan jentera factory-spec YZR-M1 dan mendapat khidmat penuh dari Yamaha.


"Fabio yang baru berusia 20 tahun menunjukkan kematangan dalam tunggangan dan kami tidak sabar untuk menanti beliau bersama pasukan."


Fabio pula tidak sabar untuk memulakan kempen 2020 dan merasakan 'masa rehat' agak terlalu lama.


"Saya merasakan cuti musim sejuk terlalu lama dan teruja untuk kembali ke Sepang minggu hadapan bagi menguji jentera YZR-M1 dan berkerja dengan semua krew sekali lagi.


"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada YMC dan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team yang telah memberi saya peluang pada tahun lepas untuk masuk ke MotoGP 2019. Dan saya akan buat mereka gembira lagi tahun ini."

-

Nyatakan pandangan anda ke media.tarmac@gmail.com


Sila SHARE artikel ini jika membantu sukan permotoran

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020