• Admin

20 Peserta Berjaya Sertai Pemilihan SIC MiniGP Championship 2020

Pemilihan SIC MiniGP Championship 2020 Selesai

Seramai 51 peserta yang disenarai pendek pada pemilihan kali ini berjaya melepasi ujian dan pada petang tadi, hanya 27 peserta sahaja berpeluang mengikuti pemilihan fasa akhir. Kesemua 27 pelumba yang mengikuti fasa akhir berjaya melepasi penilaian dan perkara utama yang dinilai oleh panel pemilih adalah teknik-teknik mengawal jentera dan kelajuan bukan menjadi ukuran utama. Dari 27 peserta pula, hanya 20 peserta akhir dipilih dan 4 peserta simpanan yang bakal menyertai kejohanan yang pada 2020. Selain itu, pada pusingan akhir kejohanan SIC MiniGP 2020 akan ada seorang pelumba dari Asia Tenggara yang akan bersaing bersama-sama bagi melihat sejauh mana perbandingan dan tahap pelumba SIC MiniGP Seterusnya peserta yang terpilih diminta untuk mengukur saiz baju lumba yang direka khas oleh RS Taichi. Dalam pada itu, Razlan Razali memberi kata-kata positif kepada peserta sebelum nama diumumkan. "Ini merupakan pertama kali diadakan pemilihan ini dan kepada yang tidak terpilih, jangan terlalu kecewa sebab usia masih muda, banyak lagi ruang dan peluang dihadapan." Pengurus kejohanan pula cukup berpuas hati dengan pesrta yang hadir terutama dari aspek disiplin dan kualiti yang ada. "Saya sangat berpuas hati dengan pemilihan yang diadakan semalam dan hari ini dimana kalau kita kira, hanya ada dua crash sahaja untuk dua hari ini, jadi saya sangat gembira dengan persembahan yang ditunjukkan." Senarai peserta yang layak: 1. Danish Bin Abdul Rahman 2. Mohammad Alif 3. Mohammad Hakim 4. Imel Izhar 5. Mohammad Irfan 6. Mohammad Amar 7. Mohammad Fakhrul Nabil 8. Raja Nazrin 9. Amirul Haziq 10. Nabil 11. Mohammdad Adi Putra 12. Mohammad Faris 13. Qabil Irfan 14. Awal Haiqal 15. Farish Putra 16. Ahmad Iqram 17. Ahmad Darwish 18. Mohammad Adib 19. Mohammad Arif 20. Mohammad Shah Putra Peserta Simpanan: 21. Mohammad Arzan Hakim 22. Amrin Haziq 23. Adam Daniel 24. Mohammad Yus Daniel #TarmacSports #SICMiniGP

16 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020