• Admin

3 Pelumba Malaysia Disenarai Dalam Asia Talent Cup 2021



Senarai awal dan kalendar Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) 2021 kini disiarkan. 20 pelumba sepenuh masa akan berlumba bagi musim 2021 dengan enam pusingan dan 12 perlumbaan manakala empat pelumba diletakkan sebagai senarai pengganti. Kesemua 24 pelumba berasal dari tujuh negara Asia dan Oceania: Australia, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Thailand dan Turki.


Setelah pembatalan kejohanan pada 2020 disebabkan oleh pandemik Covid-19, pelumba yang beraksi pada musim 2020 secara automatik mendapat tempat bagi saingan 2021. Keseluruhan pelumba bukanlah muka baru yang telah dipilh oleh Jawatan kuasa Pemilihan ATC.


Namun ada beberapa pelumba yang tidak akan beraksi dalam ATC 2021 antaranya Harrison Voight yang menyertai Red Bull MotoGP Rookies Cup dan beliau juga kan bertanding dalam Kejuraan Dunia Junior FIM Moto3.


Bagi pelumba Malaysia, Syarifuddin Azman juga akan meninggalkan IATC dalam akan fi=okus dalam Kejuraan Dunia Junior FIM Moto3 2021 dan digantikan dengan Danish Hakim setelah disyorkan oleh pihak SIC.


IATC dan peminat Malaysia juga mendapat berita gembira apabila Danial Syahmi yang terlibat dengan kemalangan pada pusingan akhir 2018 kembali cergas untuk sekali lagi bersaing dalam ATC. Manakala Shahrul Ezwan turut dikekalkan dalam kejohanan ini. Antara empat pelumba simpanan IATC turut dikekalkan adalah Allain Harris Herman.


Kalendar IATC 2021 akan bermula di Qatar bersama MotoGP seterusnya ke Litar Sepang bersama MSBK. Pusingan ke-3 akan diadakan di Motegi, Buriram sebelum kembali pusingan ke-5 di Sepang dan berakhir di Mandalika bersama kejohanan WSBK.


Lihat senarai penuh pelumba

ATC_2021_EntryList_2020_12_14
.pdf
Download PDF • 615KB

Lihat juga jadual penuh IATC 2021 disini


IATC_2021_Calendar_2020_12_14
.pdf
Download PDF • 756KB



187 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Disenarai Dalam Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020