• Admin

5 Perkara Menarik Selepas MotoGP GP Brno

1. Brad Binder Bawa KTM, Afrika Selatan ke Podium



Pusingan ke-3 MotoGP 2020 pasti diingati oleh pasukan KTM apabila berjaya merangkul juara buat kali pertama sejak 2017 melalui pelumba Afrika Selatan. KTM sejak mula menggunakan jentera jenis KTM RC16 dan hanya muncul sekali sahaja di podium pada 2018 pada perlumbaan akhir di Valencia setelah Pol Espargaró berjaya mengahbiskan perlumbaan tempat ke-3.


Juara Dunia Moto3 2016, Brad Binder yang pertama kali beraksi dalam kelas premier MotoGP setelah mempamerkan persembahan baik semasa beraksi di Moto2 dengan menduduki kedudukan keseluruhan ke-3 pada 2018 dan kedudukan ke-2 pada 2019 terus mengharumkan negara beliau dan menjadi pelumba pertama Afrika Selatan yang muncul juara MotoGP.


2. Tiada Siapa Pecahkan Rekod Pedrosa dan Rossi


Jumlah kemenangan Rossi belum mampu digugat oleh mana-mana pelumba dengan sebanyak 5 kemenangan di Brno. Walaupun pelumba berusia 41 itu menanmatkan perlumbaan pada kedududukan ke 5 di litar ini, namum rekod lagenda Itali itu belumba mampu dipecahkan walaupun jika Marc Marquez berlumba.


Belum ada yang mampu memadam rekod semasa perlumbaan yang dicatat oleh Dani Pedrosa pada 2014 semasa beliau bersama pasukan Repsol Honda Team dengan catatan 1.56.027 saat sekali gus beliau masih unggul dan boleh dikatakan mahir menggunakan litar itu.


3. Johann Zarco Naik Kembali Ke Podium

Setelah bergelut dengan prestasi pada musim 2019 dan sentiasa hangat diperkatakan apabila mengumumkan beliau tidak lagi bersama pasukan KTM pada 2020. Paling pelik adalah, Zarco tidak berlumba sebanyak 3 pusingan (Aragon, Buriram dan Motegi) setelah tidak serasi dengan jentera KTM RC16 tanpa sebarang kecederaan. Pada baki 3 pusingan di Philip Island, Sepang dan Valencia, beliau menunggang jentera Honda namun tetap bergelut dengan prestasi.


Dengan bantuan pasukan Reale Avintia Ducati MotoGP serta pengeluar Ducati, Zarco berjaya kembali ke podium dengan meraih tempat ke-3 sebelum terpaksa melakukan 'Long-run' apabila dikenakan penalti selepas didakwan menjatuhkan bekas rakan sepasukan Pol Espargaró. Zarco juga membantu bagi memungut mata berharga buat kategori pengeluar Ducati.


4. Franco Morbidelli Pertama Kali Ke Podium Setelah 2 Tahun

Sejak menjadi Rookie pada 2018, Franco tidak pernah merasa podium walaupun berada bersama 2 pasukan berlainan. Pelumba berusia 25 tahun yang juga Juara Dunia Moto2 2017 kini mampu tersenyum apabila berjaya jejak ke podium walaupun terpaksa menunggu tempoh 2 tahun sebelum dapat meraikan kejayaan bermakna buat diri sendiri, pasukan dan pengeluar.


5. Pelumba Malaysia Tunjukkan Peningkatan


Hafizh Syahrin yang mencatat keputusan masa terbaik Moto2 dan bermula pada petak ke-4 boleh dianggap cemerlang dan berjaya menghabiskan perlumbaan pada kedudukan ke-9. Bersaingan bersama pelumba hebat dikelompok kedua bukan mudah apabila terpaksa menggunakan enjin berbeza semasa perlumbaan di Jerez.



Khairul Idham Pawi yang mengalami kecederaan retak pada jari kanan semasa ujian kelayakkan kembali berlumba dan melupakan kesakitan yang dialami. Semangat tidak mudah mengalah mampu membuahkan hasil dalam beberapa pusingan lagi andai beliau mendapat rentak terbaik dengan jentera.


Kasma Daniel terus memperbaiki dan mempelajari setiap litar yang ada dan tetap ada peningkatan dalam ujian masa walaupun beliau tidak berjaya menghabiskan perlumbaan pada GP Brno.


Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020