• Admin

5 Syarikat Telekomunikasi Yang Menaja Pasukan di MotoGP

Seringkali perlumbaan MotoGP akan dikaitkan dengan jumlah perbelanjaan yang besar. Pasukan yang bersaing dalam MotoGP memerlukan penaja yang kukuh bagi mengharungi perlumbaan yang memerlukan kos yang tinggi. Bagi pasukan satelit sahaja memerlukan RM47,083,351 (10 Juta Euro) malah sesetengah pasukan membelanja sehingga RM70,625,026 (15 Juta Euro) bagi satu pasukan. Ini melibatkan kos jentera, hospitaliti, bayaran gaji, bonus, pengangkutan dan pelbagai keperluan lain.


Pasukan bukanlah boleh berdiri sendiri semata-mata tanggungan jenama pengeluar motosikal. Pelbagai lagi perkara yang perlu diserta bersama sebelum, semasa dan selepas perlumbaan. Kehadiran penaja besar seperti syarikat telekomunikasi seluruh dunia memberi impak yang positif dalam sukan permotoran dua roda.



Syarikat telekomunikasi memerlukan ruang pengiklanan yang mendapat liputan luas yang mampu dilihat dunia serta memberi pulangan yang besar melalui langganan prabayar, pascabayar mahupun perkhidmatan lain.


Dalam kejohanan MotoGP mungkin kita dapat lihat pelbagai jenama yang diletakkan pada baju pelumba dan jentera. Bagi yang belum tahu, sesetengah jenama merupakan jenama telekomunikasi besar yang menaja pasukan dalam pelbagai kategori. Kami senaraikan lima syarikat telekomunikasi yang terkenal bertapak dalam kejohanan MotoGP.


1. Telefonica


Telefonica merupakan syarikat telekomunikasi multinasional Sepanyol yang terletak di Madrid, Sepanyol. Ia merupakan salah satu pengendali telefon yang terbesar dan pembekal rangkaian bergerak di dunia. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah telefon bimbit, jalur lebar dan langganan televisyen, beroperasi di Eropah dan Amerika.


Telefonica juga mempunyai anak syarikat yang menembusi pasaran Eropah dan Amerika melalui jenama O2 (Jerman dan UK), Vivo (Brazil) dan Movistar (Sepanyol).


Movistar adalah jenama telekomunikasi utama yang dimiliki oleh Telefonica yang beroperasi di Sepanyol. Ia merupakan pengendali telefon bimbit yang terbesar di negara Sepanyol dengan 22 juta pelanggan daripada 46.94 juta atau boleh dikatakan 41.58% daripada penduduk negara itu.


Movistar sering kelihatan melalui jentera Yamaha YZR M1 selama 5 tahun bermula 2014 berakhir tahun 2018. Sebelum ini syarikat itu, meletakkan logo 'Telefonica Movistar' pada jentera Honda RC211V dan Suzuki GSV-R V4 'sebelum menarik diri' atas beberapa sebab.



2. ONEXOX


One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.


TKKR memasuki arena MotoGP bagi kategori Moto2 World Championship pada 2019. Selain itu, pasukan ini menjalinkan kerjasama bersama SAG Team dari Sepanyol bagi mengharungi FIM CEV European Championship. ONEXOX TKKR SAG Team menyertai 5 kejohanan berbeza bagi tahun 2019 termasuk Asia Road Racing Championship, Malaysia Superbike Championship dan Malaysian Cub Prix.


Bukan sekadar menyertai tetapi pasukan ini membina ruang dan platform kepada enam jurutera, mekanik, pengurus teknikal dan juga pelumba bagi menyerlahkan bakat mereka dalam pelbagai peringkat dalam sukan ini.


ONEXOX melalui ONEXOX TKKR SAG Team pada 2019 menampilkan pelumba dari Jepun Tetsuta Nagashima dan Remy Gardner, anak kepada Wayne Gardner yang bertanggungjawab membawa jentera Moto2. Setelah perpindahan Tetsu ke KTM, pasukan ONEXOX TKKR SAG Team membawa masuk pelumba muda negara Kasma Daniel Kasmayudin bagi yang akan bergandingan bersama Remy bagi tahun 2020.


Walaupun memiliki 22 jentera yang bersaing di peringkat Asia dan Dunia, kos perbelanjaan tidak mencecah 8 juta ringgit setahun (2019). Antara sebab lain selain dari minat terhadap sukan permotoran, Bobie Farid Shamsudin, CEO ONEXOX yang juga prinsipal pasukan melihat pengiklanan melalui sukan permotoran mampu memberi pulangan yang baik apabila mensasarkan 2 juta pelanggan bagi menggunakan rangkain telekomunikasi mereka. Untuk rekod, MotoGP ditonton oleh berjuta penonton setiap kali perlumbaan dengan peningkatan dari 91% ke 101% jumlah tontonan pada 2018.



3. TIM (Alice)


TIM beroperasi di bawah nama Telecom Italia, ialah syarikat telekomunikasi Itali yang beribu pejabat di Rom dan Milan yang menyediakan perkhidmatan telefon, perkhidmatan mudah alih, dan perkhidmatan data DSL. Ia adalah penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Itali dari segi pendapatan dan pelanggan.


Ia diasaskan pada tahun 1994 dengan penggabungan beberapa syarikat telekomunikasi milik negara, yang paling penting ialah Società Idroelettrica Piemontese (SIP) yang merupakan bekas pengendali monopoli negara di Itali. TIM mencatat jumlah aset sebanyak 65.62 bilion Euro dengan penyusutan 1.15 bilion Euro pada tahun sebelumnya.


TIM memasuki MotoGP dengan menaja pasukan Ducati sejak 2004 sehingga 2018. Pada awal penajaan, TIM menggunakan nama Alice selama 6 tahun. Antara pelumba yang sempat berada dibawah TIM atau Alice adalah Casey Stoner, Andrea Dovizioso, Loris Capirossi, Troy Bayliss dan Andrea Iannone sebelum TIM menarik diri sepenuhnya sebelum jenama Mission Winnow dari penamaan semula syarikat tembakau Philip Morris (Marlboro)



4. Tata Communication


Tata Communications Limited adalah sebuah syarikat telekomunikasi India. Ia merupakan sebahagian daripada Tata Group. Rangkaian komunikasi Tata merangkumi lebih daripada 500,000 km fibre bawah tanah dan lebih daripada 210,000 km gentian darat.


Penyampain para pengulas di litar bersama komunikasi di ibu pejabat Dorna Sports memerlukan keupayaan yang kuat dan stabil bagi menjamin kualiti yang baik kepada semua peminat sukan lumba motor. Keperluan mandatori memihak kepada Tata Communication apabila Dorna melantik mereka sebagai rakan strategik pengedaran video berkualiti tinggi.


Kerjasama strategik itu merangkumi penggunaan Fibre Global dan rangkaian satelit bagi menyampaikan video berkualiti tinggi kepada lebih 80 rakan media utama dan memastikan kesemua 18 venue dapat dipertontonkan. Syarikat yang berpangkalan di Mumbai itu juga turut meningkatkan kerjasama bersama Dorna dalam meningkatkan prestasi pengeluaran video, Ultra-High Definition (UHD), 360º dan video OTT secara langsung, serta gambar High-Dynamic-Range (HDR). Antara konsep paling berkesan adalah MOVE SIM yang diguna pakai oleh staff Dorna.



5. Kenwood


Kenwood Corporation ialah sebuah syarikat Jepun yang membangun dan memasarkan pelbagai jenis audio kereta, rumah Hi-Fi dan audio peribadi, kelengkapan komunikasi radio dua arah profesional dan radio amatur. Syarikat yang berpangkalan di Tokyo itu mengikat 3 tahun kontrak dengan MotoGP sejak 2018 sehingga 2020 sebagai Radio Communications Supplier MotoGP


Kenwood adalah radio komunikasi yang penting yang diperlukan semasa berlangsung kejohanan MotoGP di seluruh dunia. Komunikasi yang cepat terutamanya dalam menentukan keputusan yang dibuat bagi sesi latihan, sebelum, semasa dan selepas perlumbaan diadakan.


Selain daripada itu dengan kekuatan jarak, ia dapat memudahkan urusan seperti hospitaliti dan perkara lain antara pegawai MotoGP yang bertugas.



Sumber:


1. Telefonica.es

2. http://www.onexox.my/tentang-kami.html

3. motogp.com


Kongsikan artikel ini untuk lebih artikel dari kami.


Sila tekan butang kongsi.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020