• Admin

6 Badan Yang Bertanggungjawab Dalam Mengurus MotoGP

MotoGP™ World Championship yang kita lihat nampak terurus bukanlah semudah yang kita sangka. Mereka turut diurus oleh beberapa badan yang bertanggungjawab dalam setiap kejohanan sepanjang tahun serta melontarkan pandangan mewakili pelbagai pihak.


Mereka juga boleh mengubah atau menggubal sebarang peraturan MotoGP™ World Championship.



1. FIM


FIM (Fédération Internationale de Motorcyclisme) adalah badan yang mengesahkan sebarang kejohanan melibatkan perlumbaan sukan dua roda yang melibatkan peringkat dunia. FIM merangkumi 112 wakil persatuan, pertubuhan motosikal dari pelbagai negara.


Malaysia diwakili oleh Motorsports Association of Malaysia (MAM) setelah menggantikan AAM (Automobile Association Of Malaysia) apabila tidak lagi mendapat kebenaran untuk beroperasi dari Pesuruhjaya Sukan Malaysia.


2. IRTA


IRTA (International Road-Racing Teams Association) ditubuhkan pada 1986 dan merupakan persatuan yang menghimpun suara dan pendapat kesemua pasukan sebelum sebarang keputusan dibuat. IRTA bekerjasama dengan FIM dan Dorna bagi memastikan kejohanan MotoGP™ mengikut standard dan meningkatkan sukan itu secara keseluruhannya.


IRTA kini diketuai oleh Hervé Poncharal yang juga merupakan Prinsipal pasukan KTM Tech 3.


3. Dorna


Dorna Sports adalah syarikat pemilik yang menganjurkan serta mempromosi sukan MotoGP™ termasuklah menguruskan kesemua kejohanan dibawah mereka. Antara perkara yang diuruskan oleh Dorna adalah pengiklanan sukan, menganjurkan acara dengan penuh tanggungjawab bermula dari aspek pemasaran, penyiaran media, keselamatan, penjagaan masa, koordinasi penajaan, dan penerbitan TV.


Dorna turut menjana pendapatan mereka secara tahunan melalui hak penyiaran keatas lebih 101 saluran melalui IPF (The Live International Programme Feed) serta disiarkan di seluruh dunia. Kos yang dianggarkan bagi 20 perlumbaan bernilai jutaan ringgit.


Sehingga kini, RTM belum membeli hak penyiaran dan penonton dari negara Brunei, Cambodia, Hong Kong, Indonesia, Laos, Macau, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Philippines, Singapore, Taiwan, Thailand and Vietnam boleh melanggan dari penyiar rasmi Fox Sports Asia.


4. MSMA


MSMA adalah singakatan bagi Motorcycle Sports Manufacturers’ Association yang merangkumi kesemua pengeluar motosikal dunia termasuklah Honda, Ducati, Suzuki, Yamaha, Aprilia dan banyak lagi. Fungsi utama mereka adalah menjaga kepentingan pengeluar termasuklah pengiklanan, promosi dan ketetapan perlumbaan.


5. Race Direction


Pengarah Perlumbaan mewakili 3 daripada badan yang disebut diatas bagi membentuk sesuatu perlumbaan Grand Prix. Race Direction bukanlah orang perseorangan tetapi mereka bekerja dalam satu kumpulan bagi memastikan keputusan seperti perlumbaan perlu dilangsungkan dalam keadaan basah atau kering dan pelbagai lagi keadaan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan.


6. Grand Prix Commission


Grand Prix Commission dalam kejohanan MotoGP™ World Championship diwakili oleh Carmelo Ezpeleta (Pengerusi, Dorna), Ignacio Verneda (FIM Executive Director, Sport), Hervé Poncharal (IRTA) and Takanao Tsubouchi (MSMA) yang berkuasa membuat perubahan dalam Road Racing World Championship Grand Prix Regulations iaitu peraturan MotoGP™.


Contohnya 15 Julai 2019 suatu mesyuarat elektronik telah diadakan bagi mengubah dasar dan peraturan rekaan 'Aero Body' dengan memperincikan bahagian 'Technical Director Aero Body Guidelines' yang boleg dirujukan dalam manual peraturan FIM.



Sumber bersama MotoGP


-

Sila share artikel ini untuk kami siarkan lebih artikel menarik.



56 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png