• Admin

7 Pelumba Malaysia Sedia Tawan CEV Jerez

Segar selepas kejohanan Asia Road Racing di Sepang beberapa hari lepas, 7 pelumba negara akan sambung beraksi hujung minggu ini, 28 dan 29 September Kejohanan CEV Repsol pusingan ke – 6 yang akan di adakan di Jerez, Sepanyol.



Antara kategori yang perlu diberi tumpuan adalah European Talent Cup, Moto3 & Moto2. Antara pelumba yang akan beraksi dalam kategori Moto2 adalah Kasma Daniel untuk pasukan Dynavolt Intact SIC Junior Team, Nazirul Izzat dan Ramdan Rosli dari pasukan ONEXOX TKKR SAG Team.


Ramdan Rosli yang berada pada kedudukan ke-8 keseluruhan dengan mengumpul 53 mata dalam prestasi musim 2019 yang cukup konsisten bakal menggegarkan bumi Eropah. Rakan sepasukan beliau, Nazirul Izzat masih belajar untuk mencari keserasian dengan jentera Moto2 apabila dipanggil untuk menggantikan Azlan Shah.



Kasma kini berada pada kedudukan ke-9 dengan mengumpul 38 mata bakal meletakkan diri dalam kelompok terbaik apabila menunjukkan aksi terbaik semasa pusingan 5 di Aragon. Kejayaan yang diraih semasa kejohanan ARRC bakal memberi motivasi terbaik buat bagi menghadapi kejohanan Eropah.


Adam Norrodin yang mengalami kecederaan semasa menggantikan Khairul Idham Pawi di Aragon terpaksa berehat dari mewakili SIC Junior Team. Adam kini mengumpul 35 mata dan bakal terlepas peluang menambah mata di Jerez.


Bagi kategori Moto3, Malaysia diwakili oleh Izam Ikmal dan Idil Fitri bakal berdepan cabaran apabila kurang konsisten sepanjang kejohanan. Kedudukan terbaik diraih Idil adalah menamatkan perlumbaan tempat ke-25 di Aragon. 2019 merupakan tahun pertama dua pelumba SIC Junior Team beraksi di Eropah.


Kategori European Talent Cup pula diwakili oleh Syarifuddin Azman dan Harith Haziq yang mewakili pasukan Dynavolt Intact SIC Junior Team. Syarifuddin atau lebih dikenali dengan ‘Damok’ berada pada kedudukan ke-16 keseluruhan dengan 25 mata. Manakala Haziq belum mengumpul sebarang mata.


“Kami akan lebih fokus pada perlumbaan kali ini dan mengharapkan dapat mengutip mata terbaik. Podium adalah sasaran saya.” Damok berkata demikian ketika ditanya.



Bagi Haziq pula beliau amat berharap dapat masuk ke kelopok final dan mengutip mata untuk perlumbaan kali ini.


“Saya berharap dapat masuk final dan meraih mata terbaik di Jerez”.


Komen Haziq ketika ditanya. Bagi ETC format yang digunakan agak berbeza apabila terpaksa meletakkan diri dalam kelompok terbaik untuk melayakkan diri berlumba peringkat final setiap kali kejohanan.


Zulfahmi yang merupakan pemilik pasukan SIC Junior Team berharap pelumba-pelumba dibawah kendaliannya dapat menghabiskan perlumabaan dan meraih mata buat pasukan.


Peminat-peminat sukan tanah air boleh menyaksikan perlumbaan ini secara langsung di YouTube rasmi CEV Motocycles pada petang Sabtu 28 hingga 29 malam waktu Malaysia. Ini jadual perlumbaan waktu Malaysia pada Ahad 29 September:



#RoadToMotoGP #CEVMotocycles #SIC #IntactGP #KD27 #RR32 #CircuitoJerez




Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020