• Admin

80% - 90% Tulang Saya Akan Terlucut Semula - Alex Rins

Ini bukanlah berita gembira buat pelumba Team SUZUKI ECSTAR, Alex Rins yang tidak sepenuhnya cergas untuk kembali berlumba selepas mengalami dislokasi pada tangan beliau semasa di Jerez.


Alex Rins mengakui sendiri dalam sidang media yang diadakan semalam bersama rakan-rakan media lain.


"Buat masa sekarang saya bukan 100% pulih namun kami bersedia pada FP1 dan akan melakukan lebih banyak pusingan dari biasa. Andai saya mengalami kemalangan besar sekali lagi, saya 80-90 peratus tulang saya akan terlucut semula."


Alex juga memaklumkan litar Brno tidaklah sukar seperti Jerez lebih-lebih lagi pada selekoh kanan. Dia yang bergelut dengan kecederaan dan terpaksa berhati-hati menghabiskan perlumbaan kedua di Jerez di tempat ke-10 selepas terpaksa melupakan perlumbaan 1.


Selepas ditanya mengenai perbezaan kecederaan antara yang beliau alami dan Marc, beliau berpendapat:


"Kecederaan yang saya alami berbeza dengan apa yang dialami oleh Marc. Keadaan dia lebih teruk apabila melibatkan tulang tengah dan saya tidak patah namun hanya dislokasi. Apa yang saya tahu, plat titanium perlukan masa untuk serasi dengan tulang badan dan bukan sehari dua. Namun apa yang dibuat oleh Marc memang menakjubkan."


2019, Alex Rins menamatkan perlumbaan tempat ke-4 setelah bersaing dengan Jack Miller untuk merebut tempat ke-3 dan Team SUZUKI ECSTAR bersedia untuk terus memperbaiki dengan melihat data yang ada sebelum ini.



17 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020