• Admin

Adam Dipanggil SRT Ganti KIP di Misano GP


Adam Norrodin bakal kembali dalam aksi grand prix di Misano minggu hadapan bagi menggantikan posisi Khairul Idham Pawi.


KIP masih lagi dalam fasa pemulihan kecederaan tangan, panggilan untuk Adam juga disebabkan sejarah beliau beraksi bersama pasukan SIC dalam Moto3 dari tahun 2016-2018.


Selain beraksi dalam kategori 600cc Supersports di Kejohanan Asia Road Racing, Adam juga bertanding sepenuh masa dalam Kejohanan Moto2 Eropah bagi pasukan SIC Junior Team, tetapi ini adalah pertama kali diberi peluang menggunakan enjin Triumph 2019 dan menjadikan debut pertama dalam Moto2 Kejohanan Dunia minggu hadapan.


"Sangat sedih apabila KIP masih tidak dapat kembali untuk berlumba, tetapi saya gembira apabila diberi peluang menggantikan tempat KIP seperti impian menjadi nyata," Adam berkata.


"Pasti ada sesuatu yang baru untuk saya belajar, tetapi ia sesuatu yang menarik buat saya - ia adalah fasa baru buat saya dan saya perlu berterima kasih kepada Razlan dan pasukan kerana masih mempercayai saya.


"Ia sesuatu yang sangat hebat apabila dapat kembali dalam kejohanan dunia, kerana saya rindukan tekanan, pasukan dan berapa banyak peningkatan yang dibuat setiap minggu disana. Jentera semestinya berbeza berbanding apa yang saya gunakan ketika ini, tetapi saya sedia untuk sebaik mungkin dan fokus utama saya adalah mempelajari sepantas mungkin jentera yang bakal digunakan untuk masa hadapan.


"Bagi saya, ia adalah peluang terhebat diberikan, tetapi secara adil, saya berharap KIP akan cepat pulih dan kembali beraksi dalam kejohanan untuk tunjukkan bakat sebenar beliau."

Antara nama yang pernah menggantikan KIP adalah Mattia Pasini, Jonas Folger dan Bradley Smith pada musim kali ini. Smith akan kembali dalam aksi MotoE untuk pasukan SRT di Misano dan itu membolehkan Adam dipanggil pasukan Moto2 SRT


Ketua pasukan SRT, Razlan Razali berkata: " Salah satu objektif adalah untuk menggalakkan dan meletakkan bakat muda Malaysia ke hadapan, jadi dengan keadaan KIP sekarang, ini adalah peluang terbaik bagi Adam Norrodin menyertai Kejohanan Dunia Moto2."


GP Misano akan diadakan pada 13-15 September ini.


#Moto2

#MotoGP

#PETRONASSRT

#SICJuniorTeam

#TarmacSports



20 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020