• Admin

Adam Norrodin Kemas Tamatkan Perlumbaan 1

Kemas, mantap dan berhati-hati. Itu yang dibuktikan oleh pelumba Malaysia, Muhamad Adam Mohd Norrodin selepas memenangi Perlumbaan 1 kelas SS600cc pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram hari ini.



Sikap sabarnya ketika mengharungi perlumbaan 12 pusingan itu ternyata tidak mengecewakan kerana dia tampil selaku pelumba terpantas, sekali gus bergelar juara dengan merekodkan masa 19:58.355 saat (s).


Kemenangan yang dicipta oleh Adam sangat menarik kerana serangannya pada lap terakhir telah membuka ruang buatnya untuk memintas pelumba Thailand, Peerapong Boonlert.


Peerapong  yang telah memimpin perlumbaan sejak dari lap pertama, menamatkan saingan dengan masa 19:58.660s.


Strategi yang dilancarkan oleh pelumba pasukan SIC Junior ZK Racing Team itu telah meranapkan impian pelumba tuan rumah, Peerapong  (Yamaha Thailand Racing Team) yang berhasrat untuk menghadiahkan kemenangan kepada para penyokongnya.


Peerapong yang sekadar menduduki tempat kedua pada perlumbaan hari ini, telah pun  mengesahkan statusnya selaku juara keseluruhan kelas SS600cc musim ini selepas aksi Pusingan 6 di Litar Antarabangsa Sepang bulan lalu.



Seorang lagi pelumba Malaysia, Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong Yamaha Malaysia) berada di kedudukan ketiga dengan catatan masa 19:58.875s.


Kasma yang membuat penampilan terakhir di pentas ARRC turut mengesahkan kedudukannya selaku naib juara keseluruhan kelas SS600cc musim ini.


“Perlumbaan ini agak mencabar dan saya perlu bekerja keras untuk mengekalkan kedudukan dalam kelompok hadapan.


“Kedudukan kami dalam tiga kelompok hadapan sering berubah dan masing-masing cuba untuk menempatkan diri di hadapan. Saya juga cuba untuk melancarkan serangan tetapi keadaan belum memaksa saya berbuat demikian. Akhirnya, saya sekadar mengikut rentak perlumbaan sebelum merancang untuk melakukan sesuatu.


“Pada lap terakhir saya nekad untuk melakukan sesuatu dan strategi tersebut membuahkan hasil sehingga berjaya memintas kedudukan Peerapong. 


“Selepas itu saya terus memaksimumkan kemampuan jentera untuk menempatkan diri di posisi selesa dan akhirnya berjaya memenangi perlumbaan penuh mencabar itu. Terima kasih kepada seluruh anggota pasukan yang telah menyediakan jentera terbaik buat saya mengharungi perlumbaan ini,” jelas Adam.


Selepas berakhirnya Perlumbaan 1 itu, Peerapong kini sudah mengumpul 284 mata diikuti Kasma (199) dan Adam di kedudukan ketiga dengan 150 mata.


Esok, mereka akan sekali lagi beradu tenaga untuk bersaing dalam Perlumbaan 2.


INFO


Keputusan (Lima teratas)

SS600cc


Muhamad Adam Mohd Norrodin (MAS) SIC Junior ZK Racing Team – 19:58.355s

Peerapong Boonlert (THA) Yamaha Thailand Racing Team – 19:58.660s

Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) Hong Leong Yamaha Malaysia – 19:58.875s

Ahmad Afif Amran (MAS) Hong Leong Yamaha Malaysia – 20:07.481

Passawit Thitivararak (THA) A. P. Honda Racing Thailand – 20:09.384s

17 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020