• Admin

Adam Tamatkan Kempen FIM CEV Moto2 Ke-7 Keseluruhan

Bersaing dikala Covid atau tidak tidaklah terlalu jauh beza kerana bagi Kejohanan FIM CEV pastinya diadakan di seluruh Eropah dan kebanyakkan pelumba mempunyai masa yang lebih bagi membuat persiapan menghadapi 8 pusingan.


Gambar: SIC Junior Team

Liqui Moly Intact SIC Junior Team mempertaruhkan Adam Norrodin yang merupakan pelumba berusia 22 tahun yang berasal dari Johor. Adam yang pernah beraksi dalam beberapa kejohanan besar seperti Asia Talent Cup pada 2014 dan 2015, Moto3 bagi FIM CEV pada 2015 dan pernah juga beraksi dalam Kejohanan Dunia Moto3 pada 2016, 2017 dan 2018.


Paling baik adalah berpeluang menggantikan Khairul Idham Pawi dalam Moto2 bagi 6 perlumbaan tahun 2019 disamping sertai Kejohanan Asia Road Racing pada tahun yang sama.


Bagi kempen 2020 Adam menghabiskan kejohanan di tempat ke-7 dengan 79 mata keseluruhan. Sasaran yang diletakkan oleh pihak pengurusan adalah menamatkan di kedudukan ke-5 terbaik bagi memenuhi KPI untuk mudah beraksi di Kejohanan Dunia. Penamat paling baik adalah menghabiskan perlumbaan di tempat ke-6 di Aragon.


Tiga perlumbaan terakhir Adam menamatkan perlumbaan pada kedudukan 8 berturut-turut dan saingan bersama kelompok kedua.


“Perlumbaan ke-2 amat sengit. Saya mulakan perlumbaan dengan dan berjaya berada di kedudukan ke-5 dan ke-6 sehingga 2 pusingan terakhir. Saya telah berusaha sehabis baik sebab ini merupakan perlumbaan terakhir musim ini.
“Selepas 10 pusingan, sangat sukar untuk saya mengejar pelumba hadapan dengan keadaan badan saya. Saya tamatkan perlumbaan di kedudukan ke-8. Ini adalah musim yang sukar dengan naik dan turun. Saya akan gunakan ini sebagai sesuatu yang positif dan akan buat lebih baik.”

Gambar: SIC Junior Team

Bagi musim hadapan, Adam belum pasti akan teruskan kempen FIM CEV atau mempunyai perancangan lain yang akan dimaklumkan kelak.


Keputusan Perlumbaan:

1. MONTELLA,Yari, ITA, T. Ciatti-Speed Up (30:48,271) +2,103 2. AEGERTER,Dominique, SWI, L. Moly Intact Sic J (30:48,852) +0,581 3. ZACCONE,Alessandro, ITA, PromoRacing (30:49,045) +0,774 4. NIKI TUULI, FIN, TEAM STYLOBIKE (30:56,915) +8,644 5. CARDELÚS,Xavi, AND, Team Stylobike (31:03,908) +15,637 8. ADAM NORRODIN, MAS, LIQUI MOLY INTACT SIC JUNIOR TEAM (31:17,599) +29,328


Kedudukan Keseluruhan:

1. MONTELLA,Yari, ITA, T. Ciatti-Speed Up (240 PTS) 2. NIKI TUULI, FIN, TEAM STYLOBIKE (196 PTS) 3. ZACCONE,Alessandro, ITA, PromoRacing (195 PTS) 4. TAIGA FAIRY, JPN, AGR TEAM (104 PTS) 5. ALEJANDRO MEDINA, SPA, PROMORACING (98 PTS) 7. ADAM NORRODIN, MAS, LIQUI MOLY INTACT SIC JUNIOR TEAM (79 PTS)



Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020