• Admin

Adib Rosley Ceriakan Pasukan YY Pang


Gambar: Malaysian Cub Prix

Perlumbaan akhir CP125 dimenangi Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team dengan catatan masa 11’27.095s. Hanya 0.003 saat membezakan kedudukan Adib di tangga pertama dengan Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team di tempat kedua. Ahmad Syukran Aizat mengisi podium ketiga dengan 11’27.159s. Adib kini mendahului buruan takhta CP125 dengan 41 mata kejuaraan.


“Ini kemenangan berharga buat saya dan pasukan. Ya, saya gunakan strategi dan pengalaman yang ada untuk memintas pelumba di hadapan walaupun berada dalam kumpulan yang besar.”

Dalam kategori Wira KBS pula, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing tetap dominan dalam kategori junior itu apabila sekali lagi menyapu bersih podium perlumbaan Wira Akhir. Mohd Aqil Danial Nasrul menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan 10’07.020s diikuti Danial Johan dan Mohd Syamil Amsyar Mohd Iffende.



Keputusan Akhir Pusingan 2


CP125

1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 11’27.095s

2. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 11’27.098s

3. Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing), 11’27.159s


WIRA KBS

1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 10’07.020s

2. Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 10’07.189s

3. Mohd Syamil Amsyar M Iffende (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 10’07.195s


Kedudukan Keseluruhan

CP125

1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 41 mata

2. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 35 mata

3. Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing), mata

WIRA KBS

1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 41 mata

2. Mohd Syamil Amsyar M Iffende (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 41 mata

3. Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 40 mata


Pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Litar Tangkak, Johor pada 22 dan 23 Mei nanti.



6 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Disenarai Dalam Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020