• Admin

Affendi Rosli Sedia Bantu CKJ Racing Dalam Perlumbaan

Setelah prestasi pasukan sehingga 2 pusingan agak kurang memuaskan dan kini berada pada kedudukan ke-6 keseluruhan, pasukan PETRONAS Sprinta YAMAHA - CKJ Racing mengambil keputusan merehatkan pelumba muda Idil Fitri Mahadi bagi mengembalikan prestasi yang lebih baik dalam pusingan 3 dan seterusnya.



Kehadiran Affendi Rosli bukan sahaja membantu dari segi memberi pandangan atau sebagai pelumba ujian tetapi melebihi dari itu. Affendi hadir sebagai pelumba CP150 yang bakal memberi impak positif pada pasukan kerana beliau mempunyai rekod yang baik bagi trek Sepang (Selatan) setelah memenangi perlumbaan tempat kedua pada 2013 dalam CP130.


Walaupun kini membawa kategori berbeza dengan kuasa yang jauh lebih tinggi, namun dengan litar yang sama, ia bakal memberi kesan positif pada pasukan. Apa pun keputusan yang bakal direkodkan oleh CKJ Racing pada pusingan 3 kali ini, padangan dan data daripada Affendi bakal membantu pusingan ini dan pusingan seterusnya.


Ketika ditemubual untuk Tarmac Sports, Affendi memberi pandangan berikut:


"Trek ini saya tidak berdepan dengan apa-apa masalah. Pada Mac tahun saya berpeluang membawa jentera Underbone 150 bagi perlumbaan Asia Road Racing. Saya dan pasukan sentiasa mengekalkan hubungan baik dan kongsi pandangan mengenai jentera. Fokus utama kembalinya adalah bagi membantu Afif dan Aiman dalam pasukan, jadi saya boleh bercakap dengan ketua mekanik dengan mengenai jentera."


Keupayaan Affendi Rosli tidak boleh dipandang remeh kerana dalam perlumbaan apa-apa boleh berlaku dari segi keputusan. Memanggil kembali pelumba yang tidak lagi berlumba adalah cara yang selalu digunakan oleh pasukan pengeluar termasuk MotoGP bagi mengembalikan prestasi pasukan.









Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020