• Admin

Afif Amran Fokus Kutip Mata di Kangar

Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Ahmad Afif Amran tidak rela kehilangan mata pada aksi Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas diKangar, Perlis minggu ini.


Pelumba asal Terengganu itu kini memimpin kedudukan keseluruhan kelas CP150 dengan meraih 94 mata, meninggalkan pencabar terdekatnya, Azroy Hakeem Anuar ( Idemitsu Honda Yuzy Racing) dengan perbezaan 8 mata.



Menyedari perbezaan mata yang agak rapat itu, Afif akan pastikan saingan di Kangar minggu ini berada dalam genggamannya.


“Misi utama di Kangar adalah untuk mengutip seberapa banyak mata yang boleh bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan. Saya tidak boleh keciciran mata kerana pada peringkat ini, semua pelumba sedang bekerja keras untuk mengubah kedudukan masing-masing.


“Pada masa yang sama, saya juga tidak boleh terlalu ghairah sebaliknya tetap berwaspada dengan keadaan semasa. Walaupun sudah biasa beraksi di litar Kangar, namun saya perlu tetap berhati-hati mengharungi perlumbaan terutamanya pada saingan final.


“Buat masa ini, persiapan yang saya lalukan adalah seperti biasa bagi mengekalkan tahap kecergasan. Saya hanya berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar bagi menghadapi cabaran di Kangar nanti,” jelas Afif.


Pada saingan di Kangar nanti, Afif juga mahu pastikan insiden di Teluk Intan baru-baru ini tidak berulang apabila dia gagal menamatkan perlumbaan akibat terjatuh.


Walaupun dia baru sekali bergelar juara pada saingan musim ini, namun Afif antara pelumba paling konsisten dengan menamatkan setiap perlumbaan dalam kelompok lima terbaik.


Setakat ini, dia bergelar juara pada saingan Pusingan 3 di Tangkak, Johor pada Mei lalu selain dua kali bergelar naib juara pada Pusingan 2 (Batu Kawan, Pulau Pinang) dan Pusingan 4 di Pontian.


Musim lalu, Afif merupakan juara keseluruhan bagi kelas CP150 dan setakat ini, dia semakin hampir untuk mengulangi pencapaiannya pada tahun lepas.


Antara pelumba yang mampu mengugat impiannya adalah Azroy yang kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 88 mata dan Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang Racing) yang berada di kedudukan ketiga dengan 61 mata.


Tengku Amirul kini semakin mengorak langkah seperti yang dibuktikannya pada perlumbaan di Teluk Intan baru-baru ini apabila bergelar juara buat pertama kali musim ini.


Azroy pula sudah memegang status selaku juara sebanyak tiga kali setakat ini iaitu di Jasin, Melaka; Batu Kawan, Pulau Pinang dan di Terengganu.


Pelumba lain yang perlu dia awasi adalah Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) yang berada di kedudukan keempat dengan 60 mata.


Minggu ini, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis akan menjadi destinasi Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang bakal menampilkan beberapa pelumba terhebat negara.


Seperti biasa tiga kategori utama akan disajikan iaitu CP150, CP115 dan kelas Wira. Masuk untuk menyaksikan perlumbaan tersebut adalah percuma.


INFO

Kedudukan keseluruhan (Pelumba)


Ahmad Afif Amran (TRG) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 94 mata

Azroy Hakeem Anuar (SEL) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 88

Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Yamaha YY Pang Racing – 61

Md Akid Aziz (KUL) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 60

Md Azhar Abd Jalil (SEL) Motul Yamaha YY Pang Racing – 59


Pasukan


Motul Yamaha YY Pang Racing – 147 mata

Idemitsu Honda Yuzy Racing – 134

Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 133

Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 108

ONEXOX TKKR SAG Team - 92


#CKJRacing #MalaysiaCubPrix #GenerasiCubPrix #Kangar

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020