• Admin

Afif Amran & Izzat Raduan Terpantas Kelayakkan CP150 dan WIRA




Catatan masa 43.877 saat (s) pada sesi kelayakan kelas CP150, sudah cukup buat pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran untuk muncul pelumba terpantas pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Litar Lumba Tangkak, Johor hari ini.


Catatan yang dilakukan oleh pelumba asal Terengganu ini turut menjadi rekod baharu sepusingan di litar sepanjang 1.025 kilometer itu.


Apa yang dibuktikan oleh Afif pada sesi kelayakan itu membuktikan kesungguhannya untuk mengekalkan statusnya selaku penyandang juara di litar berkenaan selepas melakukannya pada saingan Pusingan 3, Mei lalu.


Meskipun berdepan cabaran sengit di awal perlumbaan, ia ternyata tidak menjejaskan fokusnya malah terus stabil dengan memperlihatkan gaya tunggangan yang memberangsangkan.


Afif juga menjadi pelumba pertama pada sesi tersebut untuk melakukan catatan 43 saat sepusingan dan selepas itu kedudukannya terus sukar dicabar.


Afif merupakan pendahulu keseluruhan kelas CP150 ketika ini dengan meraih 107 mata dan jika dia mampu mengekalkan rentak cemerlang itu pada perlumbaan sebenar esok, misinya untuk menawan litar kegemarannya itu pasti dapat disempurnakan dengan mudah.


Pencabar terdekatnya ketika ini, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) merupakan satu-satunya pelumba yang menghampiri catatan masa yang dilakukan oleh Afif dengan perbezaan masa 0.065s.


Azroy yang turut menjadi pencabaran Afif dalam carta keseluruhan, muncul pelumba kedua terpantas pada sesi kelayakan itu manakala Md Aiman Tahiruddin (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) di tempat ketiga dengan masa 44.011s.


Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing, Mohd Azhar Abd Jalil pula menamatkan sesi tersebut di kedudukan keempat terpantas dengan catatan masa 44.014s.


Mereka akan sekali lagi membuat perhitungan pada sesi Superpole esok bersama beberapa pelumba lain yang berada dalam kelompok 10 terbaik bagi menentukan kedudukan petak.


Sesi kelayakan bagi kelas CP115 turut berlangsung hari ini yang menyaksikan Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) muncul pelumba terpantas bagi kelayakan A dengan catatan masa 46.186s.


Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Md Aiman Azman berada di kedudukan kedua terpantas dengan masa 46.269s manakala Md Khairi Asyraf Mahmood (Motul Yamaha YY Pang Racing) di tempat ketiga dengan masa 46.356s.


Sesi kelayakan B pula menjadi milik pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing, Md Fareez Afeez Abd Rahman yang menamatkan saingan dengan masa 46.418s diikuti Md Firdaus Md Hamdan (ELF Koyoko Honda KC Racing Team) dengan masa 46.674s dan Shahrol Syazras Shahrol Yuzy (Idemitsu Honda Yuzy Racing) yang melakukan catatan masa 46.691s sepusingan.


Sementara itu, pelumba pasukan ONEXOX SAG Team, Md Izzat Raduan bakal memulakan perlumbaan sebenar di petak hadapan dalam kelas Wira esok apabila muncul terpantas pada sesi shoot out hari ini.


Izzat melakukan catatan masa 46.463s pada saingan penentuan petak itu dan ia lebih pantas berbanding masa yang dilakukannya pada sesi kelayakan iaitu 46.941s.


Tempat kedua sesi shoot out itu menjadi milik Md Aliff Danial Md Asri (Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing) dengan masa 46.769s manakala Md Norhakim Norhafizullah (ONEXOX SAG Team) di tempat ketiga dengan masa 46.929s.


KEPUTUSAN SESI KELAYAKAN


CP150 (Lima teratas)


Ahmad Afif Amran (TRG) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 43.877s

Azroy Hakeem Anuar (SEL) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 43.922s

Md Aiman Tahiruddin (KUL) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 44.011s

Md Azhad Abd Jalil (SEL) Motul Yamaha YY Pang Racing – 44.014s

Md Iqbal Amri Abdul Malek ( SEL) AHM Motorsports Yamaha Racing – 44.069s


CP115 (Sesi Kelayakan A)


Md Syafiq Rosli (PRK) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 46.186s

Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 46.269s

Md Khairi Asyraf Mahmood (JOH) Motul Yamaha YY Pang Racing – 46.356s

Abdullah Qayyum A Razak (SEL) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 47.193s

Md Syafiq Nazrul Abdullah (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing Team – 47.236s


CP115 (Sesi Kelayakan B)


Md Fareez Afeez Abd Rahman (JOH) Motul Yamaha YY Pang Racing – 46.418s

Md Firdaus Md Hamdan (SEL) ELF Koyoko Honda KC Racing Team – 46.674s

Shahrol Syazras Shahrol Yuzy (SEL) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 46.691s

Md Shafiq Rasol (MEL) ONEXOX TKKR SAG Team – 46.693s

Md Syafieq Aiman Md Fauzi (JOH) ONEXOX SAG Team – 46.738s


WIRA (Kelayakan A)


Md Norhakim Norhafizullah (KTN) ONEXOX SAG Team – 46.784s

Md Adib Md Asri (JOH) ELF Koyoko Honda KC Racing Team – 47.242s

Awal M Al Fikri Yusni (SEL) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 47.256s

Md Zaki Ahmad Zamri (SEL) MOS William #LLRKS CYT Racing – 47.363s

Haizilazri Hadi (SEL) Wiramuda V-Fiertech Academy Racing – 47.774s


WIRA (Kelayakan B)


Md Izzat Md Raduan (NS) ONEXOX SAG Team – 46.941s

Md Aliff Danial Md Asri (JOH) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 47.096s

Md Hazim Md Fairues (SEL) ELD Koyoko Honda KC Racing Team – 47.120s

Md Haziq Rosmaza (KUL) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing -47.266s

Akif Hakimi Zainuddin (SEL) Wiramuda V-Fiertech Academy Racing – 47.319s


SHOOT OUT (Lima teratas)


Md Izzat Md Raduan (NS) ONEXOX SAG Team - 46.463s

Md Aliff Danial Md Asri (JOH) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 46.769s

Md Norhakim Norhafizullah (KTN) ONEXOX SAG Team – 46.929s

Md Zaki Ahmad Zamri (SEL) MOS William #LLRKS CYT Racing – 47.023s

Md Adib Md Asri (JOH) ELF Koyoko Honda KC Racing Team – 47.121s

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020