• Admin

Afif Amran Juara Keseluruhan CP150 Musim 2019

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran sah bergelar juara keseluruhan kelas CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim ini. Ini merupakan kejuaraan kedua buat pelumba asal Terengganu itu selepas melakukannya pada musim 2018.



Walaupun dia gagal memenangi perlumbaan kelas CP150 pada aksi Pusingan 9 di Jempol, Negeri Sembilan hari ini, namun statusnya selaku pendahulu keseluruhan sudah tidak dapat digugat oleh pelumba lain. Mereka masih ada satu pusingan lagi untuk diharungi iaitu Pusingan 10 yang bakal berlangsung di Litar Sepang pada 7-8 Disember nanti.


“Alhamdulillah, saya berjaya mengekalkan gelaran selaku juara keseluruhan musim ini. Ini berkat kerja keras semua krew pasukan yang telah bertungkus lumus menyediakan jentera terbaik buat saya mengharungi perlumbaan musim ini.


“Saya telah berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang musim ini, namun tidak pernah patah semangat untuk meraih keputusan terbaik.


“Terima kasih kepada seluruh krew pasukan, ahli keluarga dan para penyokong yang telah memberi sokongan kepada saya sepanjang musim ini,” jelas Afif yang kini sudah mengumpul 147 mata.



Pada perlumbaan akhir kelas CP150 itu, pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Akid Aziz memenanginya dengan catatan masa 15:05.564 saat (s). Afif menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa 15:06.511s manakala rakannya di CKJ Racicng, Aiman Tahiruddin di tempat ketiga dengan catatan masa 15:07.494s.


Pencabar terdekat Afif untuk mahkota keseluruhan, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) gagal menamatkan perlumbaan kerana mengalami masalah teknikal dengan jenteranya. Saingan pada Ahad hanya memerlukan Afif untuk menamatkan perlumbaan di hadapan Azroy bagi mengesahkan statusnya sebagai juara keseluruhan.


Perebutan kini bakal tertumpu kepada siapa yang akan bergelar naib juara keseluruhan kerana Akid sudah mengambil alih tempat kedua dengan 112 mata diikuti Azroy dengan 102 mata. Gelaran juara keseluruhan bagi kategori pasukan pula bakal diketahui pada Pusingan 10 di Sepang nanti.


Perebutan untuk mahkota kejuaraan kategori pasukan kini menjadi persaingan antara PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing dan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor. CKJ Racing masih mendahului kedudukan keseluruhan dengan 219 mata manakala Maju Motor sudah meraih 215 mata.


INFO


Keputusan CP150 (Lima teratas)


Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 15:05.564s

Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 15:06.511s

Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 15:07.494s

Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) – 15:13.192s

Md Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR SAG Team) – 15:19.630s


Kedudukan keseluruhan (pelumba)


Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 147 mata

Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 112

Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) – 102

Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 93

Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) – 78


Keseluruhan Pasukan


PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 219

PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 215

Motul Yamaha YY Pang Racing – 186

Idemitsu Honda Yuzy Racing – 159

ONEXOX TKKR SAG Team – 140

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020