• Admin

Afridza Munandar Meninggal Dunia di Pusingan Akhir Asia Talent Cup

Kemaskini: 3 Nov 2019

Seorang pelumba Indonesia yang berumur 20 terlibat dalam kemalangan ketika Race 11 Asia Talent cup di Litar Sepang yang menyebabkan kematian ketika perlumbaan. Pihak Tarmac Sports mengucapkan takziah buat seluruh keluarga Afridza serta rakan-rakan beliau.




Insiden berlaku pada selekoh ke-10 pusingan 1, seterusnya race direction membuat keputusan mengibar bendera merah. Pelumba Indonesia itu pada awalnya menerima rawatan dari pasukan perubatan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helicopter.



Namun ketika dalam perjalanan ke hospital, Afridza menghembus nafas yang terakhir sebelum sempat sampai ke hospital.


Beliau yang kini berada pada kedudukan ke-3 keseluruhan dengan 142 mata bersamaan 2 kemenangan serta 4 kali podium pada musim ini mengejutkan banyak pihak yang menonton perlumbaan tersebut.


Perlumbaan 1 pusingan akhir Asia Talent Cup serta merta dibatalkan bagi dan akan bermula semula esok pagi dan Perlumbaan 2 akan diteruskan sejurus Perlumbaan 1 bermula 10.30 pagi. Keputusan itu dibuat selepas perbincangan antara Pengarah Talent Promotion, Alberto Puig dan pelumba Asia Talent Cup.


Bagi mana-mana pelumba yang tidak ingin berlumba boleh berbuat demikian. Perlumbaan esok hari akan dimulakan dengan senyap selama 1 minit' bagi menghormati Afirdza.


#MalaysianGP #AsiaTalentCup #AfridzaMunandar

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020