• Admin

Aiman Kuasai Sesi Kelayakkan CP150

Pusingan 2 Malaysian Cub Prix kembali ke Litar Sepang Utara dengan masih lagi tiada kehadiran penonton. Namun hari kelayakkan berlangsung dengan keadaan baik dan cuaca cerah sepanjang hari.


Gambar: Malaysian Cub Prix

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Mohd Aiman Tahiruddin membuat kejutan apabila menguasai sesi kelayakan CP150 di pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang sedang berlangsung di Litar Sepang Utara minggu ini.

Catatan masa 1’16.736s yang dirakam oleh Aiman dalam saat-saat terakhir sesi kelayakan CP150 membuktikan perkembangan positif dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing. Penambahbaikan dari pasukan CKJ Racing ini juga semakin menyerlah apabila seorang lagi pelumba pasukan, Mohd Affendi Rosli, turut muncul sebagai pelumba ketiga terpantas dengan catatan masa 1’17.052s.

Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team menamatkan sesi kelayakan di tangga kedua terpantas dengan catatan masa 1’17.010s. Rekod Lap terpantas 1'16.426s kategori CP150, di Litar Sepang Utara masih lagi dalam genggaman Azroy.


“Perlumbaan akhir nanti pasti mencabar. Melihatkan catatan masa dari pelumba-pelumba lain, hanya 0.5 saat membezakan kedudukan saya dengan 15 pelumba terpantas sesi kelayakan tadi. Apa-apapun, saya bersyukur dapat menunaikan hajat saya untuk melayakkan diri ke sesi SuperPole esok.”

Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team mendahului sesi kelayakan CP125 dengan catatan masa 1’22.191s. Catatan masa Adib disusuli juara bertahan CP125, Mohd Syafiq Rosli dengan 1’22.709s serta Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff dengan 1’22.748s.


Gambar: Malaysian Cub Prix

Pendahulu kategori Wira KBS, Mohd Syamil Amsyar M. Iffende dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing, turut dominan dalam kategori junior tersebut. Syamil Amsyar mendahului sesi kelayakan Wira KBS dengan catatan masa 1’24.864s


Keputusan Kelayakkan Pusingan 2


CP150

1. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing), 1’16.736s

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 1’17.010s

3. Mohd Affendi Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing), 1’17.052s

CP125

1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 1’22.191s

2. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 1’22.709s

3. Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing), 1’22.748s

WIRA KBS

1. Mohd Syamil Amsyar M. Iffende (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 1’24.864s

2. Mohd Idlan Haqimi Raduan (Honda, Idemitsu DFZ Yam Honda Racing), 1’24.913s

3. Mohd Farish Iqmal Khayrul Elyas (Honda), 1’25.189s

14 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Disenarai Dalam Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020