• Admin

Akid Aziz Rangkul Juara Setelah Kali Terakhir Di Jempol

Kali terakhir Md Akid Aziz bergelar juara pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS ialah di Pusingan 9 di Jempol, Negeri Sembilan musim lalu.


Akid Unggul Dalam Cuaca Hujan di Tangkak.

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu sudah lama dahagakan kejayaan seperti itu kerana dia sering berdepan masalah jentera atau terjatuh ketika perlumbaan sedang berlangsung. Pada aksi di Sepang bulan lalu, Akid turut gagal menamatkan perlumbaan.

Hari ini, kekecewaan pelumba asal Kuala Lumpur itu terubat selepas impiannya itu berjaya direalisasikan apabila bergelar juara kelas perdana, CP150 pada aksi Pusingan 2 yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak.

Mendahului perlumbaan sejak lap pertama lagi, Akid sudah tidak menoleh ke belakang dan dia terus konsisten memimpin saingan dengan selesa di hadapan. Perlumbaan sejauh 20 lap itu berlangsung dalam keadaan hujan renyai, tetapi ia tetap tidak menjejaskan fokusnya untuk menguasai saingan.

Gaya tunggangannya konsisten, tidak terburu-buru serta bijak mengawal selekoh dalam keadaan litar yang agak licin. Dia memilih untuk mengharunginya dalam situasi selamat meskipun pada dua lap terakhir dia mula diasak pencabarnya, Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing.

Suatu ketika, Azroy berjaya memintasnya, namun Akid kembali mengasak di lap terakhir untuk merampas semula kedudukan pendahulu, sekali gus menamatkan perlumbaan tersebut dengan gelaran juara.

Dia tiba di garis penamat dengan catatan masa 15:46.337 saat (s) untuk menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukannya musim ini.

Azroy yang muncul terpantas pada sesi kelayakan semalam, sekadar berpuas hati di tempat kedua dengan masa 15:46.651s manakala tempat ketiga menjadi milik pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Md Muzakkir Mohamed dengan masa 15:50.266s.

Juara saingan Pusingan 1, Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) serba tidak menjadi hari ini apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18, sekali gus gagal meraih sebarang mata.  

“Semuanya berjalan dengan baik hari ini. Begitupun, perlumbaan agak mencabar kerana litar yang licin, namun saya mengambil pendekatan yang lebih selamat.

“Saya hanya fokus untuk mengekalkan rentak tungganggan dan tidak perlu terburu-buru kerana ada beberapa selekoh di litar ini sangat mencabar. Saya hanya perlu sesuaikan gaya tunggangan dengan keadaan litar licin bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan saya yang telah menyediakan jentera terbaik untuk mengharungi perlumbaan hari ini,” jelas Akid.

Ekoran kemenangannya hari ini, Akid kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 25 mata. Kedudukan pendahulu berada dalam genggaman Azroy yang sudah mengumpul 36 mata. Helmi pula di tempat ketiga dengan 25 mata.

Kedudukan 5 Terbaik CP150

1. Mohd Akid Aziz (Yamaha) (PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR), 15’46.337s

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda) (IDEMITSU HONDA YUZY RACING), 15’46.651s

3. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha) (ONEXOX TKKR SAG TEAM), 15’50.266s

4. Mohd Iqbal Amri Abd Malek (Yamaha) (AHM MOTORSPORTS), 15’54.853s

5. Ahmad Afif Amran (Yamaha) (PETRONAS SPRINTA YAMAHA-CKJ RACING), 15’55.452s

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020