• Admin

Akid Aziz Selesa Gunakan Kombinasi Dua Jenis Tayar

Juara Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020, Akid Aziz meneruskan rentak cemerlang apabila muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 di Litar Sepang Selatan hari ini.


Akid kuasai hari kelayakan di Litar Sepang (Selatan)

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu merekodkan masa 1:15.596 saat (s) sepusingan di litar sepanjang 2.6 kilometer itu.

Ia membuktikan prestasi jentera Yamaha yang ditunggangnya semakin mendapat pelarasan yang stabil, sekali gus bakal memudahkan misinya memburu kemenangan podium kedua musim ini.

Pada sebelah paginya, Akid turut membuktikan kecemerlangannya apabila tampil terpantas ketika mengharungi sesi latihan bebas pertama dengan catatan masa 1:15.587s pada kelajuan 124 kilometer sejam.

"Saya berharap agar semuanya berjalan lancar bagi menghadapi perlumbaan esok. Setakat ini, keadaan jentera nampak stabil dan ini memberi keyakinan kepada saya untuk melakukan yang terbaik," jelas pelumba asal Kuala Lumpur itu.

Esok, Akid akan memulakan misi dengan sesi Superpole sebelum mengharungi perlumbaan akhir pada sebelah petangnya.

Sesi kelayakan hari ini turut menyaksikan kemaraan pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Mohd. Amirul Ariff Musa yang berjaya menempatkan diri selaku kedua terpantas dengan catatan masa 1:15.824s, ketinggalan 0.228s di belakang Akid.

Terdahulu pada sesi latihan bebas kedua, Amirul muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 1:16.450s.

Rakan sepasukannya, Azroy Hakeen Anuar dilihat lebih berhati-hati pada sesi kelayakan tersebut, namun tetap berpuas hati menghuni kedudukan keempat terpantas dengan masa 1:16.069s.

Azroy yang muncul naib juara di Tangkak minggu lalu, lebih banyak menggunakan sesi latihan bebas kedua sebelum itu untuk menguji pelarasan jenteranya dan dia menamatkan sesi tersebut di kedudukan ke-15 dengan masa 1:17.773s.

Tempat ketiga terpantas pada sesi kelayakan hari ini dilakar oleh pelumba pasukan Team AHM Motorsports Yamaha Racing, Khairul Ikhwan Musa dengan catatan masa 1:16.450s.

Juara Pusingan 1, Helmi Azman sekadar menghuni kedudukan ketujuh terpantas dengan merekodkan masa 1:16.761s.


Keputusan Kelayakkan CP150 - Pusingan 3

1. Mohd Akid Aziz (Yamaha) (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor)                   - 1’15.596s

2. Mohd Amirul Ariff Musa (Honda) (Idemitsu Honda Yuzy Racing)                            - 1’15.824s

3. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) (Team AHM Motorsports Yamaha Racing)     - 1’16.069s

4. Azroy Hakeem Anuar (Honda) (Idemitsu Honda Yuzy Racing)                                - 1’16.089s

5. Mohd Ramdan Rosli (Yamaha) (ONEXOX TKKR SAG Team)                                 - 1’16.228s

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020