• Admin

Alif Ashraf Tahiruddin ke Tavullia

#theExperience

Alif Ashraf Tahiruddin ke Tavullia, Itali Bagi Yamaha VR46 Master Camp 2019!


Yamaha dan kerjasama VR46 Rider Academy telah umumkan nama pelumba yang terpilih untuk Yamaha VR46 Master Camp 2019. Salah seorang yang terpilih adalah pelumba Malaysia, iaitu Muhammad Alif Ashraf Bin Tahiruddin.


Pada tahun 2018, Muhammad Alif Ashraf Bin Tahiruddin yang berusia 17 tahun meraih tempat ke-3 dalam kategori WIRA Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix dan tempat ke-8 dalam Malaysian Superbike Championship Open 250 class.


Pada tahun ini, Muhammad Alif Ashraf Bin Tahiruddin bertanding dalam kategori CP115 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix untuk pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.


Edisi ke-8 latihan selama 5 hari ini akan diadakan pada 4 hingga 8 September. Ini bermakna, Alif Ashraf tidak akan beraksi untuk pusingan Teluk Intan 7 dan 8 September nanti.


Tahniah diucapkan kepada Alif Ashraf dan selamat menimba ilmu dari kem VR46 Rider Academy.


Terus follow kami di semua sosial media @ Tarmac Sports


15 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020