• Admin

Alif Ashraf Tamatkan Yamaha VR46 Master Camp Edisi Ke-8 Dengan Cemerlang Hari ke-4

Pelajar yang menyertai pengalaman Yamaha VR46 Master Camp menamatkan pelajaran mereka dengan sesi flat trek di VR46 Motor Ranch dan jelajah ke ibu pejabat VR46 di Tavullia, diikuti dengan majlis graduasi secara tradisi.


Pelumba Yamaha VR46 Master Camp telah merasai pelbagai pengalaman dengan pelbagai jurulatih selama 5 hari kem. Peserta menamatkan pelajaran dan pengalaman mereka dengan cemerlang termasuk di VR46 Motor Ranch dan di ibu pejabat VR46.

Kesemua peserta termasuk Muhammad Alif Ashraf Bin Tahiruddin dari Yamaha Motor Malaysia memulakan hari ke-5 dan hari terakhir mereka dengan pelbagai perasaan. Mereka kembali semula dimana tempat mereka mula iaitu VR46 Motor Ranch dengan dibantu oleh tenaga pengajar Marco Belli. Marco Bezzecchi, pelumba Moto2 juga turut hadir sebagai pembantu jurulatih di flat trek.


Semua peserta lakukan hari terakhir mereka dengan sepenuhnya apabila mengetahui mereka akan meninggalkan jentera YZ250F tidak lama lagi. Latihan pada flat trek merupakan pengalaman terbaik mereka dan perlumbaan terakhir mereka dimenangi oleh LeClair.

Majlis gradusi peserta diketuai oleh Pengarah VR46 Rider Academy, Alessio ‘Uccio’ Salucci dan Pengurus Komunikasi & Pemasaran Yamaha Motor, William Favero. Peserta dipertontonkan video selama 5 hari mereka berguru sebelum diberi Sijil Kehadiran rasmi Yamaha VR46 Master Camp dan pingat hari ke-4 Superpole Misano (yang menangi oleh Alif Ashraf) dan aktiviti hari ke-5 di flat trek. Peserta juga diberi hadiah istimewa daripada VR46.


“Penyertaan saya di Yamaha VR46 Master Camp adalah sesuatu pengalaman yang cukup hebat untuk saya sebagai pelumba muda dan untuk saya secara peribadi. Untuk ini saya amat berterima kasih kepada semua yang membantu saya dan mengikuti saya seminggu yang penuh menarik: jurulatih, pelumba, dan staff dari VR46, pasukan bLU cRU, dan staff Yamaha. Saya juga nak ucapkan terima kasih buat Yamaha kerana menjadikan ia nyata.


“Segala aktiviti seminggu ini membantu saya memperbaiki dan menguji cara gaya tunggangan saya, tetapi ia juga penuh dengan keterujaan. Saya cukup gembira apabila terlibat dalam latihan motorcross pada permukaan rata dan mencuba WaveRunner buat pertama kali dalam hidup saya.

“Saya akui, minggu ini tujuan utama saya adalah untuk meningkatkan postur dan saya percaya ia telah banyak berubah. Jurulatih sangat bersemangat dan banyak bersabar. Menonton video bersama Marco Belli banyak memberi input yang baik.


“Pandangan peribadi saya, saya suka makanan Itali, dan bergaul dengan teman baru. Lebih-lebih lagi bahagian yang paling seronok adalah berjumpa dengan Valentino, idola kesukaan saya. Saya berharap saya akan lebih matang dalam tunggangan apabila pulang ke negara saya.”


#TarmacSports #theMasterCamp #theExperience

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020