• Admin

Aliff Pamer Taring Sesi Kelayakkan Kelas WIRA



Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing, Md Aliff Danial Md Asri membuka litar dengan melakar catatan masa terpantas pada sesi kelayakan kelas Wira (Kumpulan A) di Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang bermula di Litar Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis hari ini.


Pelumba yang berasal dari Johor itu mencatatkan masa 43:666 saat (s) sepusingan, sekali gus direkodkan sebagai catatan terpantas pada sesi kelayakan tersebut di litar sejauh 0.949 kilometer (km) itu. Pada sebelah paginya, Aliff turut tampil cemerlang pada sesi latihan bebas apabila mencatat masa terpantas 45.028s.


Ia bagaikan amaran awal daripada Aliff dalam misi untuk mengotakan impiannya menawan Litar Kangar selepas pencabar terdekatnya, Md Zaki Ahmad Zamri (MOS William #LLRKS CYT Racing) agak kehilangan rentak pada sesi hari ini.


Prestasi Zaki kurang menyengat hari ini apabila sekadar menamatkan sesi kelayakan (Kumpulan B) di tempat kelapan terpantas dengan catatan masa 44.573s, sekali gus gagal menempatkan diri dalam Shoot Out esok.


Zaki yang muncul juara pada saingan di Teluk Intan dua minggu lalu kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan meraih 110 mata manakala Aliff berada di tempat kedua dengan 95 mata.


Sesi kelayakan Kumpulan B hari ini diungguli pelumba pasukan ONEXOX SAG Team, Md Norhakim Norhafizullah dengan catatan masa terpantas sepusingan 43.975s.


Tempat kedua terpantas pula menjadi milik Md Haziq Rosmaza (Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing) dengan masa 44.053s.


INFO

Keputusan sesi kelayakan (Lima teratas)


Wira Kumpulan A


Md Aliff Danial Md Asri (JHR) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 43.666s

Akif Hakimi Zainuddin (SEL) Wiramuda V-Fiertech Academy Racing – 44.171s

Md Izzat Md Raduan (NS) ONEXOX SAG Team – 44.206s

Md Adib Md Asri (JHR) ELF Koyoko Honda KC Racing Team – 44.452s

Md Idlan Haqimi Raduan (NS) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing – 44.536s


Wira Kumpulan B


Md Norhakim Norhafizullah (KTN) ONEXOX SAG Team – 43.975s

Md Haziq Rosmaza (KUL) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 44.053s

Md Amier Rossi Amidi (PHG) Super KIP Motorsports – 44.158s

Md Afizad Supaat (SEL) Super KIP Motorsports – 44.204s

Md Adam Haikal Jahar (JHR) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 44.242s

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020