• Admin

ARRC: Fazli Sham Juara Perlumbaan 1 UB150cc

Pelumba Malaysia, Ahmad Fazli Sham dari pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing Team bermula garang apabila memenangi Perlumbaan 1 kelas Underbone 150cc pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram hari ini.



Walaupun memulakan perlumbaan tersebut dari petak ketiga, namun dia tetap mampu untuk menguasai saingan dengan catatan masa 16:20.728 saat (s).


Pelumba yang dianggap paling berpengalaman itu, bijak mengawal perlumbaan bagi menempatkan dirinya dalam tiga kelompok hadapan.


Kestabilan jenteranya turut memudahkan tugas Fazli untuk merancang strategi perlumbaan meskipun berdepan tentangan sengit daripada barisan pencabarnya.


Kemenangan tersebut telah membuktikan bahawa litar di Buriram sepanjang 4.554 kilometer (km) memang medan kegemarannya untuk melakar nama sebagai juara.


Pada aksi Pusingan 3 di litar yang sama Jun lalu, Fazli turut mencatat nama sebagai juara selepas memenangi Perlumbaan 2.


“Syukur alhamdulillah, berkat kerja keras semua krew pasukan, kami berjaya mencapai keputusan yang diimpikan.


“Terima kasih kepada pengurus pasukan yang sentiasa memberi sokongan dan juga krew pasukan yang telah bertungkus-lumus menyediakan jentera terabik buat saya untuk mengharungi perlumbaan ini.


“Saya juga memulakan perlumbaan ini dengan baik dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok hadapan.


“Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang perlumbaan tadi, saya masih mampu mengendalikan perlumbaan dengan baik. Saya bersyukur kerana keadaan jentera sagat stabil dan ia memudahkan tugas saya mengharungi perlumbaan ini dengan baik,” jelas Fazli.


Rakan sepasukannya, Wahyu Aji Trilaksana menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa 16:21.153s manakala pelumba UMA Racing Yamaha Philippine Team, Fernando Masato di tempat ketiga dengan masa 16:21.243s.


Pendahulu keseluruhan sebelum ini, Md Akid Aziz (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team) tidak dapat meneruskan Perlumbaan 1 itu selepas jenteranya berdepan masalah teknikal sebaik perlumbaan memasuki lap kedua.


Kedudukan sementara dalam carta keseluruhan kategori pelumba kini kembali dirampas McKinley Kyle Paz (UMA Racing Yamaha Philippine Team) yang sudah mengumpul 121 mata manakala Akid di kedudukan kedua dengan 119 mata.


Sementara itu, Perlumbaan 1 kelas AP250cc terus menyaksikan penguasaan pelumba Indonesia apabila Andy Muhammad Fadly dari pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing muncul juara dengan catatan masa 19:03.763s.


Awhin Sanjaya (Astra Honda Racing Team) di tempat kedua dengan masa 19:03.989s diikuti pelumba tuan rumah, Muklada Sarapuech (A.P. Honda Racing Thailand) di tempat ketiga yang merekodkan masa 19:03.977s.

Pelumba terbaik Malaysia pada perlumbaan tersebut adalah Shahrol Syazras Shahrol Yuzy (Yuzy Honda Racing) yang menamatkan saingan di kedudukan ke-11 dengan masa 19:15.945s.


Esok, mereka akan kembali ke gelanggang untuk mengharungi Perlumbaan 2.


INFO


KEPUTUSAN PERLUMBAAN 1


Underbone 150cc (Lima teratas)


Ahmad Fazli Shah (MAS) ONEXOX TKKR SAG Racing Team – 16:20.728s

Wahyu Aji Trilaksana (INA) ONEXOX TKKR SAG Racing Team – 16:21.153s

Fernando Masato (PHI) UMA Racing Yamaha Philippine Team – 16:21.243s

Md Hafiza Rofa (MAS) ONEXOX TKKR SAG Racing Team – 16:21.248s

Aldi Satya (INA) Yamaha Racing Indonesia – 16:21.291s


AP250cc


Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing – 19:03.763s

Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team – 19:03.989s

Muklada Sarapuech (THA) A. P. Honda Racing Thailand – 19:03.977s

Rafid Topan Sucipto (INA) Bike Corner SYS KYT Racing Team – 10:04.020s

Irfan Ardiansyah (INA) Astra Honda Racing Team – 19:04.207s

10 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020