• Admin

ARRC: Hari Cemerlang Buat Pelumba Malaysia

Hari ini boleh anggap detik cemerlang buat pelumba Malaysia yang sedang menggalas cabaran pada pusingan penutup musim Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram.





Dua pelumba hebat negara, Md Zaqhwan Zaidi (Honda Asia Dream Racing with Showa) dan Azlan Shah Kamaruzaman (ONEXOX TKKR SAG Team) menampilkan rentak luar biasa untuk menamatkan Perlumbaan 1 kelas ASB1000cc dengan penamat satu-dua.


Zaqhwan dengan jentera Honda CBR1000RR SP2, ternyata terlalu pantas apabila memenangi Perlumbaan 1 itu dengan catatan masa 20:56.778 saat (s) manakala Azlan yang menunggang jentera  BMWS1000 RR di kedudukan kedua dengan masa 20:57.184s.


Pelumba tuan rumah, Thitipong Warokorn (Kawasaki Thailand Racing Team) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 20:57.605s menduduki tempat ketiga.


Pencabar terdekat dua pelumba negara ini untuk merebut gelaran juara keseluruhan kelas perdana itu musim ini, Broc Parkes (Yamaha Racing Team ASEAN) dari Australia mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-12 selepas dia berdepan dengan masalah pada jenteranya, namun dia tetap meneruskan saingan, sekali gus berjaya memungut empat mata.


Begitupun, dia kekal memegang teraju selaku pendahulu keseluruhan dengan meraih 216 mata dikuti Azlan (213) di tempat kedua dan Zaqhwan di kedudukan ketiga dengan 191 mata.



Situasi ini menjadi semakin menarik kerana pelumba yang bakal menjulang mahkota kelas perdana itu bekal diketahui esok.


Azlan ketika ditemui menjelaskan, rentak perlumbaan tersebut agak pantas, namun dia tetap berusaha bagi menyempurnakan misinya meraih mata maksimum.


Dia juga tidak mengetahui mengenai masalah yang dialami oleh pencabarnya, Parkes pada perlumbaan tersebut kerana sasarannya adalah untuk meraih mata berharga.


“Saya hanya fokus pada perlumbaan dan syukur kerana berjaya mengutip mata berharga pada perlumbaan ini,” jelas Azlan yang bertekad untuk tampil lebih baik pada saingan esok.


Bagi Zaqhwan, kemenangannya pada perlumbaan tersebut amat penting buat pasukan selepas berdepan prestasi kurang baik pada pusingan terdahulu.


Menurutnya, sasarannya adalah untuk berada dalam kelompok hadapan kerana ia akan memudahkan tugas untuk melakukan penyudah podium.


“Saya bersyukur kerana menjurai perlumbaan ini dan berharap untuk meneruskan momentum cemerlang ini pada perlumbaan kedua esok,” jelas Zaqhwan.


INFO


Keputusan Perlumbaan 1 (Lima teratas)


ASB1000cc


Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda Asia Dream Racing with Showa – 20:56.778s

Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) ONEXOX TKKR SAG Team – 20:57.184s

Thitipong Warokorn (THA) Kawasaki Thailand Racing Team – 20:57.605s

Chaiwichit Nisakul (THA) Kawasaki Thailand Racing Team) – 21:09.848s

Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Team ASEAN – 21:11.339s

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020