• Admin

ARRC & MSBK Diadakan Serentak Di Sepang



Saingan Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) singgah di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu ini.

Kali ini, ia akan menampilkan kelainan kerana turut menyenaraikan salah satu kategori bagi perlumbaan Pusingan 3 Superbike Malaysia (MSBK).


Begitupun, hanya kelas MSBK250cc sahaja akan disenaraikan kerana kategori MSBK600cc dan MSBK1000cc masing-masingnya sudah menamatkan enam perlumbaan dalam dua pusingan lalu.


Kedudukan keseluruhan bagi kategori A kelas MSBK250cc kini diungguli Nazirul Izzat Bahauddin yang sudah memungut 100 mata.Namun, pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team itu berkemungkinan tidak akan beraksi dalam MSBK kerana dia bakal membuat penampilan pada perlumbaan AP250 di ARRC.


Ketiadaan Izzat akan membuka ruang kepada Sharul Ezwan Shahril dan Aiman Tahiruddin untuk merapatkan jurang mata yang kini ketinggalan 38 mata di belakang Izzat. Jika mereka berupaya melakukannya, maka persaingan untuk memburu kejuaraan keseluruhan dalam kelas MSBK250cc akan menjadi lebih terbuka. Bagi kategori B kelas MSBK250cc, ia diungguli Mohd Afif Fadhilah Ismadi yang sudah mengumpul 91 mata.




Dalam perkembangan lain, Shahrulnizam Ramli atau lebih dikenali sebagai ‘Joe Shahrul’ dalam kalangan rakan-rakannya, bakal membuat menampilan di ARRC menerusi penyertaan tiket wildcard. Shahrulnizam kini merupakan pendahulu keseluruhan kelas MSBK1000 Stock dan dia bakal beraksi dalam kelas ASB1000 di ARRC nanti.


Ia merupakan detik paling istimewa dalam kariernya sebagai pelumba dan berasa sangat teruja untuk membuktikan kemampuannya di peringkat ARRC. Dia akan menggalas cabaran pasukan FTA Liqui Moly Racing Team.


“Saya mula aktif dalam sukan permotoran tempatan pada tahun 2012 namun tidak membuat penampilan yang konsisten. Saya hanya beraksi secara penuh masa pada 2013, 2018 dan 2019 di MSBK.


“Ini merupakan penyertaan pertama saya pada peringkat ARRC dan sudah pastinya ia merupakan kemuncak terhadap karier saya setakat ini,” jelas Shahrulnizam.


Sempena Pusingan 6 ARRC di Sepang pada 20-22 September ini, pihak promoter, Two Wheels Motor Racing (TWMR) turut mengadakan cabutan bertuah menerusi Happy Bag Campaign yang menawarkan dua buah motosikal sebagai hadiah utama.


Happy Bag tersebut dijual pada harga RM50 yang mengandungi baju-T ARRC edisi terhad, baucar

bernilai RM5, satu botol minyak pelincir jenama Idemitsu 10W-40 dan kad untuk menyertai cabutan

bertuah.


Ia boleh didapati di booth promosi ARRC pada hari Sabtu dan Ahad. Dua buah motosikal yang menanti pemenang hadiah utama adalah Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR atau lebih popular dengan nama Ysuku.


Pada penonton yang hadir pada saingan Pusingan 6 ARRC kali ini juga bakal berpeluang menyaksikan

proses penggambaran filem Rem-it 2 yang dibintangi Farid Kamil, Nabila Huda dan Niezam Zaidi.


#AsiaRoadRacing #ARRC #AsiaPower

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020