• Admin

ARRC: Penampilan Terakhir Kasma Bagi Kejohanan Asia

Pusingan penutup tirai Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 di Litar Antarabangsa Chang Buriram, Thailand minggu ini bakal menjadi penampilan terakhir buat pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin.



Pelumba berusia 19 tahun itu yang beraksi dalam kelas SuperSports 600cc, akan meneruskan kariernya dalam saingan MotoGP untuk beraksi dalam kelas Moto2 musim depan.


Kasma akan menggalas cabaran pasukan ONEXOX TKKR SAG Team bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pelumba sebelum ini, Tetsuta Nagashima.


Ini merupakan peluang terbaik buat Kasma dalam misi untuk mengembangkan kariernya sehingga ke kelas MotoGP suatu hari nanti.


Pada saingan di pentas ARRC musim ini, Kasma yang mewakili pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia, kini berada di kedudukan kedua keseluruhan selepas mengumpul 183 mata.


Peluangnya untuk muncul naib juara keseluruhan kelas SS600 musim ini sangat cerah dengan syarat dia berjaya melakukan penyudah podium di Buriram minggu ini.


Juara keseluruhan kini sudah sah menjadi milik pelumba Thailand, Peerapong Boonlert yang sudah mengumpul 264 mata.


Aksi di Buriram minggu ini akan menjadi medan buat Peerapong untuk meraikan kejayaannya bergelar juara keseluruhan musim ini.


Musim ini penampilan Peerapong boleh dianggap sangat cemerlang kerana dia berjaya melakukan penyudah podium sebanyak 12 kali.


Dia juga telah memenangi perlumbaan sebanyak lapan kali, sekali gus menyamai rekod yang dilakar oleh Katsuaki Fujiwara pada musim 2018.


Kini, dia berpeluang mengatasi rekod tersebut apabila bakal mengharungi dua perlumbaan lagi minggu ini.

Sementara itu, penentuan juara keseluruhan bagi kelas Underbone 150cc akan ditentukan di Buriram minggu ini.



Tiga pelumba UMA Racing, Mohd Akid Aziz dan Mohd Haziq Mohd Fairues (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team) serta McKinley Kyle Paz (UMA Racing Yamaha Philippine Team) kini bersaing sengit untuk memburu mahkota kejuaraan kelas tersebut.


Akid berada di landasan tepat untuk mengakhiri musim ini dengan cemerlang selepas berjaya memimpin kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 119 mata diikuti Kyle Paz (111 mata) dan ketiga Haziq dengan 98 mata.


Jika Akid berjaya meneruskan rentak bertenaga di Buriram minggu ini, impiannya untuk bergelar juara keseluruhan musim ini nampak sangat cerah.


Akid juga memiliki rekod yang baik dalam beberapa perlumbaan sebelum ini dan apa yang pasti, dia bakal menjadi tumpuan di Buriram nanti.


Pelumba asal Kuala Lumpur itu pernah bergelar juara keseluruhan kelas UB150 pada musim 2017.



-

Hantar artikel anda kepada kami dengan sekurang-kurangnya 350 patah kata ke media.tarmac@gmail.com

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020