• Admin

Asia Talent Cup: "Adam Norrodin Banyak Ajar Saya" - Syarifuddin Azman


Perlumbaan pusingan 5 Asia Talent Cup kini telah hampir melabuhkan tirai dengan tamatnya aksi di Motegi sebelum perlumbaan akhir pusingan 6 Asia Talent Cup 2019 di Sepang November nanti.


Pelumba negara yang menyertai Asia Talent Cup dilihat semakin positif dan mampu untuk konsisten pada perlumbaan 7,8 serta 9 & 10. Syarifuddin Azman yang tiba-tiba mendapat rentak di hujung-hujung musim berjaya meletakkan diri dalam kelompok yang cukup cemerlang.




Perlumbaan 1 pada Sabtu di Motegi berlangsung dalam keadaan cuaca yang agak basah manakala perlumbaan kedua pada Ahad dalam keadaan lembab tetapi kering. Dengan keadaan cuaca yang agak tidak menentu, pelumba-pelumba perlu cepat menyesuaikan diri dengan litar.


Pada pusingan ke-5 ini, Idil Fitri tidak berlumba disebabkan kecederaan semasa di Thailand manakala Syarifuddin Azman beraksi dengan baik dengan mendapat podium kedudukan ke- tiga bagi perlumbaan 9 pada Sabtu. Beliau hanya kalah tipis semasa bersaing dengan kelompok hadapan Asia bagi perlumbaan 10 dengan mendapat tempat ke-4. Secara keseluruhan, Syarifuddin mendapat tempat ke-7 dengan 87 mata. Idil Fitri kini berada pada kedudukan ke-14 dengan mengutip 34 mata.


“Pertama kali syukur Alhamdulillah sebab saya berada di atas podium ini dan tidak lupa juga pada bapa saya yang banyak membantu saya, keluarga saya dan rakan-rakan yang lain yang banyak membantu saya dari segi mengendalikan jentera ATC ini dan tidak lupa kepada Adam Norrodin yang banyak mengajar saya pada perlumbaan di Thailand dan di Jepun. Dia banyak memberi saya motivasi untuk saya pergi lebih ke podium.


“Pada perlumbaan 1 di Motegi tadi agak sukar sedikit untuk berada pada kedudukan pertama. Saya agak terdesak pada perlumbaan kerana keadaan litar yang basah dan kering disesetengah tempat. Jadi saya cuba berada pada garisan yang baik dan cuba mengawal jentera saya dan pada perlumbaan tadi saya ada buat kesilapan sedikit dan hampir-hampir terbabas tetapi berjaya mengawal jentera dan saya mengejar dan dapat memotong dua pelumba dihadapan dan akhirnya saya berada di podium.” Komen Syarifuddin Azman selepas tamat perlumbaan 1 Motegi.




Sementara itu, Diego Lozano, jurulatih bagi pelumba ATC berkata:


“Pada mulanya kami menggunakan tayar licin tetapi sesetengah tempat terdapat permukaan litar yang basah. Pelumba agak berhati-hati dan kumpulan hadapan cuba bekerja keras. Akhirnya Matsuyama memenangi perlumbaan satu di Motegi.”


Perlumbaan 2 Motegi, #Damok berada pada kelompok hadapan bersama 5 pelumba untuk merebut kedudukan podium tetapi berjaya disekat oleh 3 pelumba lain untuk meletakkan beliau pada kedudukan ke-4 dengan mengutip 13 mata.


Dengan keadaan litar yang kering pada hari Ahad membolehkan semua pelumba beraksi dengan cemerlang dan cukup sengit.


Perlumbaan 11 & 12 akan diadakan pada 1-3 November di Litar Antarabangsa Sepang bagi menantikan siapa yang bakal bergelar juara keseluruhan Asia Talent Cup 2019.


#ATC #AsiaTalentCup #Motegi #JapanGP

239 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020