• Admin

Asia Talent Cup: Pelumba Negara Tampil Cemerlang Race 1

Perlumbaan 1 yang diadakan sebelah petang tadi setelah selesai kelayakkan Moto2 dan MotoGP di Chang International Circuit memperlihatkan keputusan yang cukup membanggakan buat dua pelumba negara, Syarifuddin Azman dan Idil Fitri.


Permulaan petak hadapan cukup baik buat semua pelumba tetapi selepas selekoh pertama, pelbagai drama mula ditunjukkan apabila kesemua pelumba cuba berentap dengan pendahulu kejuaraan Sho Nishimura. Tambahan lagi, drama babak awal semakin menjadi apabila Matsuyama sudah jauh meninggalkan kesemua pelumba untuk memimpin perlumbaan.


Persaingan tempat kedua melibatkan 8 pelumba iaitu Firdaus, Syarifuddin Azman, Tatchakorn Buasri, Afridza Munandar, Shoko Igarashi, Adenanta Putra dan Idil Fitri Mahadi. Namun Adenanta terpaksa keluar dari kumpulan apabila dikenakan penalti ‘ride through’ akibat ‘jump start’.


Apabila pusingan semakin sedikit, Matsuyama tenang melintasi garisan. Saingan pada tempat ke 2 terus mendebarkan, Igarashi cuba memaksa untuk memimpin kumpulan yang bersaing tempat kedua tetapi dia kehilangan tempat apabila kemalangan dan turut melibatkan 2 pelumba lain. Kedudukan 2 dan 3 terus diambil alih oleh Firdaus dan Syarifuddin untuk kedudukan podium.


Manakala Idil Fitri mudah untuk berada kedudukan ke-4 tetapi dikenakan penalti masa bersamaan ‘ride through’ dan secara rasmi berada kedudukan ke-8 manakala Piyawat Patoomyos naik ke tempat ke 4. Kedua-dua pelumba negara bersedia untuk bersaing semula petang ini.


Race 2 akan berlangsung pada petang ini pada jam 4.30 petang setelah selesai perlumbaan MotoGP. Saksikan perlumbaan Asia Talent Cup di Youtube Asia Talent Cup dan Fox Sports.


#AsiaTalentCup #ThaiGP

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020