• Admin

Asia Talent Cup : Syarifuddin Azman Sasar Juara Keseluruhan 2020

Ujian rasmi yang diadakaan pada 11 dan 12 Februari lepas di Litar Antarabangsa Sepang meletakkan pelumba rookie dari Jepun Taiyo Furusato terbaik sebaik penampilan pada ujian awal musim. Kedua keselurahan adalah Kanta Hamada dengan perbezaan +0.061 saat dan pelumba dari Australia Harrison Voight berada pada kedudukan ke -3. Kesemua mereka menggunakan jentera jenis Honda NSF250R Moto3™.



Pada hari pertama, pelumba negara Syarfiuddin Azman terpantas manakala hari kedua cuaca agak mendung dan berawan. Syarifuddin menamatkan 2 hari ujian awal musim dengan tempat ke - 5 keseluruhan dan Sharul Ezwan berada tempat ke - 7 berkongsi tempat bersama pelumba Jepun Shoki Igarashi. Seorang lagi pelumba negara, Allan Haris menunjukkan peningkatan yang baik setelah kali pertama menyertai kejuaraan yang cukup penting bagi pelumba muda Asia.


Syarifuddin Azman yang ditemubual meletakkan harapan tinggi untuk bergelar juara setelah diberi peluang menyertai kejohanan ini buat tahun ke - 2.



"Pertama kali saya ingin berterima kasih atas peluang yang diberikan dan tahun ini saya perlu buat sebaik mungkin pada perlumbaan 2020 dan menang pada perlumbaan pertama di Qatar pada 7 & 8 Mac ini. Untuk tahun ini saya menyasarkan juara keseluruhan bagi 2020 dan saya perlu berada pada kedudukan terbaik untuk pertama dan kedua ujian rasmi di Sepang.”


Bagi ketua jurulatih IATC, Diego Lozano beliau berpendapat pelumba baru banyak menunjukkan peningkatan.


“Sepanjang ujian, pelumba baru amat baik dan pada akhirnya pelumba baru paling laju. Ini menunjukkan pelumba baru adalah sama dengan pelumba yang lebih senior. Pada perlumbaan di Qatar pelumba bakal berdepan dengan banyak selekoh laju dan tidak banyak trek lurus, pelumba harus buat ‘racing line’ yang bagus dan Sepang banyak jalan lurus.


Bagi pengarah IATC, Alberto Puig mahukan pelumba menunjukkan peningkatan setelah dipilih dan ia lebih penting dari keputusan perlumbaan walaupun kerana objektif utama penganjuran ini adalah melahirkan pelumba yang konsisten dan cepat belajar.


“Ini merupakan tahun ke - 7 ATC dan rasanya baru beberapa bulan kejohanan ini bermula. Secara asasnya, kejohanan yang Dorna anjur ini adalah untuk melatih bakat dan pelumba muda berlumba dengan baik dan kami disini cuba membantu yang terbaik. Perkara penting yang pelumba harus tahu adalah konsisten dan fokus dengan apa yang mereka buat.


“Pelumba yang terpilih dalam kejohanan ini harus menggunakan peluang sebaik mungkin dan banyak lagi pelumba muda yang mahu jadi sebahagian daripada kejohanan ini dan mereka perlu gunakan peluang ini secara serius. Paling mustahak adalah mempelajari sedikti demi sedikit dan hormat pelumba lain dan memahami secara jelas apabila berada atas jentera kerana bulan hadapan mereka akan bermula perlumbaan pertama di Qatar.


“Ia adalah kejohanan yang cukup menarik yang berlangsung selama 3 hari. Jadi amat penting untuk mereka memahami apa yang terjadi selama setahun kejohanan matlamat tetap sama bagi 20 pelumba dan bukan bersaing sesama mereka tetapi tujuan adalah peningkatan.


“Kami tidak meminta mereka kesempurnaan tetapi mahu melihat peningkatan dan itu perkara yang diambil kira pada ujian dan penamatnya pada November depan di Malaysia GP, Sepang. Akhirnya kita tetap menilai peningkatan yang dibuat oleh pelumba dan apa mereka capai. Itu adalah matlamat paling penting.”




Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) akan kembali dengan perlumbaan pertama di Qatar yang berlangsung sama dengan kejohanan MotoGP pada 6 hingga 8 Mac.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020