• Admin

ATC: Idil Fitri dan Damok Mampu Raih Podium di Buriram


Setelah berehat hampir 4 bulan, kini Kejohanan Asia Talent Cup kembali menemui peminat dengan aksi yang akan berlangsung di Chang International Circuit untuk pusingan ke-4 bagi perlumbaan 7 & 8.


Bagi dua pelumba Malaysia ini, cuti yang panjang dalam saingan ATC bukanlah bermakna mereka juga berehat dari perlumbaan.


Syarifuddin atau mesra dipanggil Damok mempunyai jadual perlumbaan yang pada antaranya Malaysia Cub Prix, Asia Road Racing dan CEV Respol di Sepanyol. Pastinya tahap kecergasan Damok berada pada tahap tertinggi apabila perlu bersedia apa sahaja perlumbaan.


Bagi Idil Fitri, berada di bawah kendalian pasukan ZK Racing dan SIC Junior Team pasti sesuatu yang cukup baik kerana jadual program latihan dan perlumbaan sudah diatur oleh pasukan dengan sempurna. Idil beraksi dalam CEV Repsol dan Asia Road Racing.


Bulan September hingga November merupakan bulan paling sibuk buat dua pelumba yang mewakili negara dalam ATC ini. Kini kedua-duanya mengumpul 22 mata dengan kedudukan tempat ke 13 & 14.


Pusingan 5 akan diadakan pada 18 hingga 20 Oktober di Twin Ring Motegi untuk perlumbaan 9 & 10. Manakala pusingan 6 akan diadakan pada 1 hingga 3 November di Litar Antarabangsa Sepang untuk perlumbaan 11 & 12.


Kedudukan keseluruhan sehingga 3 pusingan:


1. Sho Nishimura (Jepun) – 115 mata

2. Afridza Munandar (Indonesia) – 97

3. Adenanta Putra (Indonesia) – 83

13. Idil Fitri Mahadi – 22 mata

14. Syarifuddin Azman – 22 mata


#RoadToMotoGP #ThaiGP #AsiaTalentCup

19 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png