• Admin

Australia Bakal Jadi Venue Terbaru ATC 2020

Ini jadual bagi Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) bagi 2020. Akan ada penambahan baru bagi pusingan tahun hadapan.



Seperti tradisi, IATC akan bermula bersama-sama dengan permulaan jadula MotoGP di Qatar sebelum ke Buriram, Sepang dan Motegi tetapi akan ada tambahan trek baru 2020 iaitu Australia.


Musim hadapan, IATC turut akan diadakan di Bend Motorsports Park yang merupakan litar terbaru bagi kawasan Tailem Bend berhampiran Adelaide yang baru dibuka pada 2018. IATC akan berlumab bersama-sama dengan International Motofest pada Mei yang turut berlangsung Kejohanan Australia Superbike dan Asia Road Racing bagi pusingan ketiga IATC.


Antara tujuan utama Asia Talent Cup dalam mencari dan menilai bakat-bakat baru di Asia, tambahan venue baru bagi 2020 dikira tepat bagi melihat dan menggalakkan pelumba-pelumba muda di sekitar Asia.


Peter Doyle, CEO bagi Motorcycling Australia berpendapat, mereka sangat mengalu-alukan kedatangan Asia Talent Cup ke Australia pada 2020. Ia adalah baik untuk penganjuran International Motofest dan memberi peluang untuk menyertai program Road To MotoGP. Pelumba muda Australia banyak meniti jalan kejayaan seperti Jack Miller, Casey Stoner dan dengan adanya Asia Talent Cup dapat mengasah bakat muda Australia.


Pengarah Urusan The Bend Motorsport Park, Sam Shahin pula menyifatkan visi The Bend Motorsport Park adalah menyediakan fasiliti bertaraf dunia. Idemitsu Asia Talent Cup merupakan siri kejohanan yang bertaraf dunia yang diuruskan oleh Dorna.


Pemilihan telah pun dijalankan pada 29 Oktober di Sepang dan senarai pelumba boleh lihat pada artikel berkaitan Asia Talent Cup di sini.





Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020