• Admin

Azroy Hakeem Positif Hadapi Perlumbaan di Terengganu Sabtu Ini

Setelah tiga kali berturut-turut menamatkan perlumbaan di kedudukan podium (tiga teratas), Azroy Hakeem Anuar kini berharap tuah musim 2019 di Litar Permotoran Terengganu akan berulang minggu ini apabila Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS singgah ke Kuala Terengganu untuk pusingan keempat musim 2020.



Pelumba dari pasukan Idemitsu Yuzy Honda Racing itu mempunyai rekod yang cemerlang di Litar Permotoran Terengganu, malah pernah memenangi perlumbaan di litar sepanjang 1.371km itu pada musim 2019.


Azroy, yang kini mendahului buruan juara kategori perdana CP150 dengan 56 mata, masih belum lagi selesa dan memerlukan mata kejuaraan maksima di Pusingan 4 untuk mengekalkan kedudukannya di tangga teratas.

“Tidak dinafikan, strategi yang konsisten lebih penting dalam kejuaraan sepanjang lapan pusingan musim ini. Akan tetapi, saya tetap mendambakan kemenangan, terutamanya di Litar Permotoran Terengganu kerana saya begitu yakin dengan keupayaan diri saya dan juga jentera pasukan di litar tersebut,” jelas Azroy yang sedang memimpin kategori CP150 dengan 56 mata selepas tiga pusingan kejuaraan.


Pesaing terdekat Azroy, Mohd Helmi Azman dari pasukan Hi Rev SCK Honda Racing, sudah dua kali mencatatkan kemenangan dan kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan 50 mata, hanya enam mata di belakang Azroy.

Sementara itu, pelumba ONEXOX TKKR SAG Team, Mohd Shafiq Rasol, masih berada di tangga teratas kategori CP125 dengan 61 mata. Rahimi Nabil Razu dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing mendahului kategori Wira KBS dengan 53 mata.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020