• Admin

Bagaimana Fuel Injection Jentera 125 Baik Untuk Malaysian Cub Prix 2020?

Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) yang merupakan penganjur kejohanan Malaysian Cub Prix baru - baru ini telah mengumumkan kategori CP 115 akan ditamatkan dengan menggantikan dengan kategori CP 125.

Lebih 10 tahun kategori CP 115 dipertandingkan dan keselurahan juara saling bertukar tangan kecuali Akid Aziz yang merangkul 2 kali pada 2016 & 2017. Manakala sepanjang 10 tahun juga, Honda hanya rangkul sekali juara pada 2012 melalui Amirul Ariff Musa selebihnya dominasi jentera Yamaha terlalu ketara.

Ini senarai keselurahan juara CP 115:

2010 - Ramdan Rosli

2011 - Shahril Izzuwan Mohd Noor

2012 - Amirul Ariff Musa

2013 - Ahmad Afif Amran

2014 - Izzat Zaidi

2015 - Kasma Daniel Kasmayudin

2016 - Akid Aziz

2017 - Akid Aziz

2018 - Tengku Amirul Haffiruddin

2019 - Ahmad Syukran Aizat

Berita ini sangat disambut baik oleh kesemua pasukan dan apa yang perlu kita tahu tentang fuel injection 125?

Sebelum ni CP 115 menggunakan meter digital Michron yang hanya boleh rekod masa setiap pusingan seorang pelumba tetapi tidak cukup terperinci untuk bahagian elektronik seperti kemampuan yang ada pada fuel injection.

Untuk injection, pasukan boleh tampilkan lebih banyak bahagian elektronik menggunakan produk seperti Aracer secara lebih terperinci dan pelbagai pilihan aksesori untuk ditambah seperti GPS, data log, pengesan suhu, pengesan throttle, pengesan RPM, dashboard, quick shifter, speed limiter, pelancar kawalan. Harga untuk semua ni tak kurang dari RM8 ribu ke RM12 ribu termasuk wiring harnes.

Semua data yang dikumpul akan direkod melalui bacaan graf dan pasukan memerlukan pakar untuk baca data yang terkumpul. Di sini peranan jurutera data diperlukan dan setiap pasukan yang mempunyai jentera CP150 tidak mempunyai masalah besar disebabkan mereka sudah mempunyai pembaca data pada musim 2019.

Kelebihan untuk pelumba adalah mereka dapat cepat belajar dari data yang dikumpulkan termasuk setiap inci pergerakkan pelumba termasuk lean angle, buka dan tutup throttle. Untuk mekanik pula, mereka dapat baca kelemahan enjin, pengesan laluan angin serta suhu enjin.

Ini adalah tahap dimana pasukan dan pelumba akan bekerja sama menjadi yang terbaik dengan rekod data log yang ada. Perubahan ini suatu perubahan yang sangat positif bagi kejohanan yang cukup lama dianjurkan dalam negara.

Dalam satu temubual antara SAM dan Shahrol Yuzy,beliau berpendapat perubahan ini sangat ditunggu - tunggu selepas perubahan baik CP 130 ke CP 150 sebelum ini.

"Ini adalah perubahan yang sangat baik dari karburator ke injection, dalam pada masa yang sama kalau diikutkan perubahan akan melibatkan kos yang tinggi tetapi apabila perubahan dah berlaku dan berlumba dalam kelas CP125, saya berpendapat kos akan menjadi lebih rendah sebab dalam injection macam perkara boleh dibuat jadi saya rasa ia baik juga untuk pelumba.

Jadi kepada rider yang bermula dari bawah ni, injection ni boleh nampak dari segi tunggangan dan memang cukup baik untuk semua pasukan terutama pasukan kami. Kami berharap pertukaran dari CP 115 ke CP 125 adalah pertukaran yang baik dan sebagai pasukan, kami harus berusaha lebih. InsyaAllah tahun 2020 ni kami akan dapat keputusan yang baik untuk CP 125."

Bagi pemilik AFB Tech Racing pula, beliau sangat teruja dengan pengunguman ini. Sasaran beliau pada tahun ini adalah berapa pada kedudukan 5 pasukan terbaik setiap pusingan dan podium adalah bonus buat pasukan. AFB tech akan menampilkan 2 pelumba bagi CP 125 tahun 2020 dan nama pelumba itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Bagi saya perubahan dari CP 115 ke CP 125 amat bagus sebab apa yang kita lihat kategori 115 dah terlalu lama dan CP 125 ni bagus untuk pasukan dan pelumba belajar. Kalau kita lihat, 125 ni menggunakan fuel injection dan setiap pelumba lebih cepat lagi belajar memandangkan pasukan mempunyai data logger.

Dalam pada masa yang sama, setiap sesi kita boleh buka data logger dan tunjukkan kelemahan seorang pelumba itu dimana mereka perlu perbaiki dan kebanyakkan pelumba tidak tahu apa kelemahan dan daripada data ini pelumba dapat memahami apa yang perlu."

Perlumbaan pusingan 1 Malaysian Cub Prix 2020 telah dijadualkan berlangsung di Litar Tangkak, Johor pada 14 Mac 2020 ini. Keseluruhan pusingan boleh dilihat disini

http://bit.ly/2sTjheE

Hadir beramai - ramai ke Tangkak bagi menyaksikan saingan Malaysian Cub Prix yang pastinya menampilkan banyak perubahan pada jentera.

-

Nyatakan pendapat anda dengan email ke

media.tarmac@gmail.com

Sila SHARE artikel ini jika membantu sukan permotoran negara.

Sumber bersama: Eddy AFB Tech & Malaysian Cub Prix

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020