• Admin

"Berbasikal Tingkatkan Stamina Ketika Berlumba" - Azroy Hakeem


Bercakap mengenai perlumbaan motosikal pasti tidak lari daripada melihat dari sudut fizikal dan kekuatan stamina setiap pelumba. Namun setiap pelumba mempunyai cara tersendiri untuk membina kekuatan fizikal masing-masing. Paling penting adalah kekuatan kaki dan tahap kardio yang tinggi bagi mengharungi 20-30 minit secara purata setiap perlumbaan.


Bagi musim 2020, Kejohanan Malaysia Superbike Championship (MSBK) setiap perlumbaan mempunyai 10 pusingan manakala Kejohanan Malaysian Cub Prix mempuyai 20 pusingan. Bagi mengharungi kejohanan ini, pelumba semestinya terlibat dengan latihan bebas, kelayakkan sebelum perlumbaan sebenar.


Setiap jentera mempunyai kelajuan dan berat yang berlainan mengikut kelas dan kejohanan. Secara amnya, pelumba perlu memiliki kekuatan yang cukup bagi mengekalkan keseimbangan dari mula sehingga akhir perlumbaan.


Kekuatan kaki antara aspek yang penting. Sesetengah pelumba lebih selesa dengan aktiviti berlari, senaman bawah badan atau bahagian kaki dan sesetengah pelumba lebih selesa berbasikal selama dua hingga tiga jam kerana dapat dilakukan bersama rakan pelumba dan lebih mencabar.


Bagi Azroy Hakeem, dia lebih selesa berbasikal bagi membina kekuatan kaki sebagai rutin latihan. Untuk berada atas jentera secara kerap akan melibatkan kos yang tinggi dan masa terhad. Jadi pilihan terbaik adalah memilih latihan basikal yang semestinya mempunyai cabaran tersendiri.


"Latihan basikal ni kena dua jam hingga tiga jam dan memang berbaloi. Ketika berada di atas jentera walaupun 20-30 minit tetapi kudrat yang kita gunakan sama seperti berbasikal dua hingga tiga jam."


Azroy kini konsisten berada kedudukan ke-2 dalam 3 perlumbaan Pusingan 1 MSBK dengan 60 mata manakala beliau mendahului kedudukan bagi Kejohanan Malaysian Cub Prix CP150 setelah 4 perlumbaan dengan 81 mata. Secara tak langsung Azroy membantu pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing untuk berada di kedudukan pertama kategori CP150 dengan 100 mata sehingga hari ini.





Untitled design (23).png

Breaking News:

Valentino Rossi Positf Covid -19

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020