• Admin

Boon Siew Honda Umumkan Jentera & Barisan Pelumba MSBK 2020-2021

Bagi menghadapi kejohanan Malaysia Superbike Champiohship 2020-2021, pasukan Boon Siew Honda (BSH) kini umumkan barisan pelumba dan jentera yang akan digunakan pada kejohanan kebangsaan itu. Tujuan utama adalah untuk menyemarakkan lagi sukan permotoran negara dengan penglibatan yang lebih serius bagi kategori MSBK250.


Jentera Honda MSBK250

"Antara objektif utama Boon Siew Honda 250cc Racing Support Programme adalah untuk menaikkan sukan permotoran secara keseluruhannya. Dalam kejohanan PETRONAS Malaysian Cub Prix, kami telah lahirkan banyak bakat baru dalam perlumbaan seperti Honda Dash 125 Challenge.


"Dalam Kejohanan Asia Road Racing, Boon Siew Honda telah pun serta sebagai pasukan pengeluar untuk membangunkan lebih ramai pelumba Malaysia yang setaraf di peringkat dunia. Sebelum ini kita mempunyai jarak yang jauh antara Cub Prix dan ARRC. Program MSBK ini juga bertujuan untuk mendekatkan antara dua perlumbaan ini." berkata Yoshitaka Nakamura, Pengarah Urusan & CEO Boon Siew Honda.


Apa yang menarik pada pelancaran pada kali ini, mana-mana pasukan atau pelumba yang berminat untuk dapatkan spesifikasi asas yang akan disediakan oleh BSH berharga RM50,000. Dengan program 'Boon Siew Honda 250cc Racing Supports Programme', mana-mana pelumba atau pasukan yang beli pakej ini, mereka hanya perlu bayar RM30,000 dan terbuka kepada semua yang mahu sertai MSBK.





Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020