• Admin

Boss Susu Motorsports Sedia Hadapi Pusingan 2 di Tangkak

Walaupun hadir sebagai pasukan baru dalam kategori WIRA persendirian, namun tidak bagi dua pelumba ini kerana mereka sudah dikenali dalam arena permotoran PETRONAS Malaysian Cub Prix. Berbakat dan turut tunjukkan pencapaian cemerlang musim lepas.



Hadir sebagai sebuah keluarga adik-abang dan bersaing dalam kategori yang sama bukanlah suatu masalah malah bagi mereka ia adalah kerjasama pasukan yang baik dan mampu memahami komunikasi dalam pasukan.


Perlumbaan pusingan 2 di Litar Tangkak akan berlangsung pada hujung minggu 22 hingga 23 Ogos ini semestinya ditunggu-tunggu oleh kedua pelumba ini bagi bersaing untuk merebut kedudukan terbaik.



Ketika ditanya semasa sidang media pelancaran produk susu Farm Fresh di Ladang UPM, Serdang siang tadi, kedua-dua mereka positif bagi menghadapi pusingan yang pada awalnya ditangguhkan akibat Covid-19. Haziq Rosmaza yang beraksi dalam kategori WIRA tahun lepas menamatkan kedudukan terbaik dengan kedudukan ke-3 dengan perbezaan masa 3.719saat pada pusingan 3 dan kedudukan ke-6 pada pusingan 8 dengan perbezaan masa 8.020saat yang diadakan di litar yang sama, Litar Tangkak.


"Sasaran saya pada minggu ini adalah masuk ke Shoot Out untuk dapatkan kedudukan mula 5 terbaik dan semestinya saya mahu ke podium dan jika cuaca hujan, saya tiada masalah untuk bersaing dalam perlumbaan."



Bagi adik kepada Haziq, Harith Rosmaza turut mempunyai pengalaman manis pada dua perlumbaan 2019 dengan menjuarai kedua-dua perlumbaan bagi kategori PETRONAS Yamaha Super Series. Turun sebagi rookie dalam kategori WIRA bukan menjadi masalah besar walaupun jentera WIRA lebih laju dari jentera musim lepas.


"Untuk perlumbaan di Tangkak, saya jangkakan dapat tamatkan pada kedudukan 5 terbaik dan kekalkan bersama kumpulan hadapan. Jika berpeluang semestinya saya mahu berada dalam 3 terbaik.


"Kategori WIRA pada tahun ini agak mencabar kerana terdapat pelumba-pelumba yang hebat seperti Harith Haziq, Idlan Haqimi, Qayyum Razak dan Izzat Raduan yang merupakan pemenang pada pusingan 8. Namun jika dapat bersaing kelompok hadapan pasti peluang untuk ke podium lebih cerah."



Pengeluar susu terbesar di Malaysia, Farm Fresh yang juga pemilik kepada pasukan ini melancarkan minuman baru iaitu Cafe Latte Tongkat Ali sebagai energy booster tanpa gula yang akan dipasarkan bermula September ini. Tarmac Sports yang juga hadir sesi sidang media tadi turut berpeluang merasai minuman ini dan sesuai dijadikan tenaga tambahan saat-saat diperlukan dan sesuai diminum oleh semua.





Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020