• Admin

Carmelo: Maksimum Hanya 22 Perlumbaan Pada 2022 Hingga 2026



CEO Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta, menjelaskan pelan masa hadapan bagi Kejohanan Dunia MotoGP ketika di San Marino, Itali


“Banyak negara yang berminat menganjurkan kejohanan ini, ada daripadanya sangat penting bagi permotoran yang kami akan pertimbangkan. Kalendar sedia ada hadnya, pada 1992 kejohanan adalah sebanyak 30 grand prix. Sekarang kita mempunyai 19 pusingan dan tahun hadapan 20 pusingan.”


“20 pusingan grand prix adalah angka maksimum yang kami sepakati sehingga tahun 2021 setelah perbincang dengan pengeluar untuk tempoh itu. Dan maksimum pusingan pada 2022 hingga 2026 sebanyak 22 pusingan.


"Setakat ini kami mempunyai empat grand prix di Sepanyol, 2 di Itali dan negara-negara lain adalah satu. Semestinya kami akan kekalkan 2 GP di Itali disebabkan banyak pengeluar dan pasukan yang bertapak disini.”


“Berkenaan perlumbaan di Portugal (Litar Estoril), kami bercadang akan membuat pembahagian yang sama (dengan litar Sepanyol) dalam tempoh 5 tahun dan buat masa sekarang hanya Litar Mandalika (Indonesia) yang bertembung. Tetapi kami tidak akan umumkan sehingga kontrak sebenar ditandatangani.”


#MotoGP #SanMarino #CarmeloEzpeleta

9 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png