• Admin

Catatan Masa Awal Senangkan Azroy - Tarmac Sports

Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar yakin untuk menguasai saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Permotoran Terengganu hari ini.


Gambar: Malaysian Cub Prix

Keyakinan itu hadir selepas pelumba asal Selangor itu muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 semalam dengan catatan masa 49.062 saat (s) sepusingan. Meskipun keadaan cuaca kurang baik sepanjang dia mengharungi sesi tersebut, namun ia tidak menghalang Azroy untuk merekodkan catatan terbaik di litar sepanjang 1.371 kilometer (km) itu.


Rentak yang dipamerkan oleh Azroy pada saingan hari ini membuktikan kesungguhannya untuk terus berada di podium seperti mana yang dipamerkannya dalam tiga pusingan terdahulu. Malah, dia merupakan juara bertahan di litar ini selepas muncul juara pada saingan musim lalu.


Setakat ini, Azroy kekal konsisten menjejak kaki di podium kemenangan selepas muncul di tempat ketiga pada Pusingan 1 di Sepang diikuti dua gelaran naib juara di Tangkak (Pusingan2) dan Sepang (Pusingan 3). Ketika ditanya mengenai prestasinya pada sesi kelayakan semalam, Azroy menjelaskan bahawa semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.


“Ketika saya mengharungi sesi kelayakan, keadaan cuaca tidak menentu dan saya membuat keputusan untuk mencatat masa terpantas lebih awal. Alhamdulillah, ia berhasil.


“Sekarang, fokus saya adalah untuk memastikan perlumbaan esok memihak kepada pasukan kami. Saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik serta cuba untuk memimpin perlumbaan akhir nanti.


“Saya berasa amat yakin dan positif untuk menghadapi perlumbaan sebenar esok,” jelas Azroy.


Pada sesi semalam, Azroy meninggalkan pencabar terdekatnya, Helmi Azman (HI REV SCK Honda Racing) dengan perbezaan masa 0.218s. Helmi yang muncul juara pada aksi Pusingan 3 di Sepang bulan lalu, menamatkan sesi kelayakan semalam di kedudukan kedua dengan masa 49.280s sepusingan.


Tempat ketiga terpantas direkodkan oleh pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-KJ Racing, Md Aiman Tahiruddin dengan masa 49.306s. Grid bagi superpole sebentar tadi dikuasai oleh Azroy Hakeem, kedua Akid Aziz dan ketiga Khairul Ikhwan Ajis dari pasukan Team AHM Motorsports Yamaha Racing.



Untitled design (23).png

Breaking News:

Valentino Rossi Positf Covid -19

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020