• Fakhrul Syazwan

CEV Eropah: Adam Perlu Berada Kedudukan Lima Terbaik

Kejohanan FIM CEV yang berehat panjang hampir sebulan kini telah sampai ke kemuncak. Masing-masing akan cuba sehabis baik bagi perlumbaan ke 7 dan 8 di Litar Ricardo Tormo, Valencia. Namun bagi pelumba Malaysia, masing-masing ada sasaran penting pada perlumbaan akhir ini.


Gambar: SIC Junior Team

Adam yang mengharungi kempen Moto2 CEV pada tahun ini bukanlah seperti Juan atau Damok, beliau diberi tugasan penting bagi berada dalam kelompok 5 terbaik bagi keseluruhan perlumbaan.


Adam yang kini berada pada kedudukan ke-7 dengan 63 mata dan berkongsi mata dengan Xavier Cardelus perlu membuktikan sesuatu. Semasa tinggal di Eropah, Adam tinggal berseorangan dan tidak bersama Juan dan Damok kerana dianggap matang dan perlu menyesuaikan diri bagi persediaan memasuki MotoGP (Moto2) mungkin pada 2022.



Pengurus pasukan, Zulfahmi Khairuddin turut berkongsi harapan tentang mengenai cabaran perlumbaan 7 & 8 ini.


“Untuk last round di CEV, kita harap yang positif untuk Adam. Minggu ni kita dah set point-point yang penting untuk Adam improve dia punya result. Saya rasakan Adam pelumba yang kompetitif dan dia perlu berada di kedudukan lima terbaik. Dan apa yang penting kita bantu Adam step by step hingga hari perlumbaan. Saya harap Adam dapat confident yang baik dengan motosikal dan terus bersaing dikelompok lima terbaik.”


Bagi pelumba Moto3 negara yang turut beraksi di CEV, Syarifuddin Azman (Damok) diminta untuk lebih fokus sejak hari latihan bagi mendapatkan setup awal bagi jentera. Damok kini berada di kedudukan ke-18 dengan 13 mata. Demikian komen Zulfahmi:


“Untuk Damok, kita juga ada point penting seperti fokus ketika hari perlumbaan dan perlu memberi fokus 100% terutama dari segi riding bermula sesi Free Practice supaya team dapat setup jentera dengan lebih cepat dan baik. Kita tahu Damok adalah seorang pelumba yang sangat bagus, very talented dan kita tahu dia train hard. Harapan untuk Damok adalah kumpul mata bagi tiga perlumbaan dalam minggu ini dan fight dikelompok hadapan.”


Bagi pelumba European Talent Cup (ETC) negara yang turut beraksi di CEV, Sharul Ezwan (Juan) perlu mencari pengalaman dan fight bagi kumpul mata dalam salah satu perlumbaan hujung minggu ini. Demikian komen Zulfahmi:


“Untuk juan, ini kali kedua dia berlumba di Valencia, tahun lepas dia wildcard bagi menggantikan Damok yang berlumba bagi kategori Moto3. Saya harapkan Juan dpaat kumpul mata pada perlumbaan kali ini. Saya tahu, ini adalah tahun pertama untuk Juan, tapi bagi perlumbaan kali ini, Juan perlu fight untuk kumpul mata dalam salah satu perlumbaann.”

Saksikan Perlumbaan:


Perlumbaan Moto2 diadakan sebanyak 2 perlumbaan, Moto3 sebanyak 3 perlumbaan dan European Talent Cup diadakan sebanyak 2 perlumbaan.


Saksikan secara langsung di Youtube atau Facebook FIM CEV bagi sabtu dan Ahad. Peminat juga boleh saksikan Live timing di http://circuit.cronometrajes.es/ bagi hari kelayakkan dan perlumbaan.


Ini Jadual Perlumbaan CEV Round 7 & 8:


Sabtu 31st Oktober: 6:00PM - Hawkers ETC (17 laps) 7:00PM - Moto2™ (19 laps) 8:00PM - Moto3™ (15 laps) Ahad 1st November: 6:00PM - Moto3™ (Race 1, 18 laps) 7:00PM - Hawkers ETC (17 laps) 8:00PM - Moto2™ (19 laps) 9:00PM - Moto3™ (Race 2, 18 laps)


#FIMCEVRepsol

263 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog