• Admin

CEV Repsol: Pelumba Malaysia Teruskan Rentak Cemerlang Di Albacete

Pelumba negara telah tiba di Litar Albacete dimana akan diadakan pusingan FIM CEV Repsol pada hujung minggu ini. Ini merupakan perlumbaan kedua terakhir pada musim 2019.


Selepas menunjukkan rentak yang amat baik pada perlumbaan di Jerez yang lepas, pelumba-pelumba negara telah pun bersedia untuk beraksi kali ke-2 di Litar Albacete yang pernah beraksi pada penghujung April 2019.




Pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG TEAM, Ramdan Rosli yang merupakan pelumba terbaik Malaysia setakat ini dengan tunggangan yang cukup konsisten bakal mengintai podium kali kedua.


“Saya suka Litar Albacete, saya sentiasa berada pada tahap terbaik semenjak 3 kali berlumba di litar ini. Saya rasa ia membantu saya banyak bagi meningkatkan gaya tunggangan saya. Litar Albacete merupakan litar yang teknikal jadi kami memerlukan persediaan yang baik. Saya akan beri persembahan yang terbaik bagi mengutip mata dalam kejohanan ini.”


Dalam pada itu, rakan sepasukan Ramdan, Nazirul Izzat yang baru-baru ini menjuarai kategori CP150 Malaysia Cub Prix sedikit sebanyak membantu dari segi motivasi bagi menghadapi perlumbaan CEV kali ini.


“Matlamat saya pada kali ini adalah mempelajari sebanyak mungkin disebabkan Litar Albacete merupakan litar pertama saya. Saya akan cuba bersaing dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman lain bagi memperbaiki persembahan.”


Bagi pelumba pasukan Dynavolt Intact SIC Junior Team, Kasma Daniel terus fokus untuk lebih konsisten apabila tidak sempat menghabiskan perlumbaan di Jerez bulan lepas. Manakala 2 pelumba European Talent Cup, Syarifuddin Azman & Harith Haziq akan terus memungut mata berharga.


Syarifuddin Azman yang cemerlang ketika perlumbaan Asia Talent Cup di Buriram minggu lepas pasti membawa motivasi berharga untuk bersaing dengan pelumba-pelumba Eropah. Damok kini berada pada landasan yang baik sebagai seorang pelumba apabila dilihat semakin cepat menyesuaikan diri dengan mana-mana jentera dan kejohanan.


Kedudukan Keseluruhan Pelumba Malaysia:


Moto2


- Ramdan Rosli ke-7 keseluruhan (ONEXOX TKKR SAG TEAM) (62 mata)

- Kasma Daniel ke-9 keseluruhan (Dynavolt Intact SIC Junior Team) (38 mata)

- Adam Norrodin ke-11 keseluruhan (SIC Junior Team) (35 mata)

- Nazirul Izzat - tiada mata (ONEXOX TKKR SAG TEAM)


Moto3


- Idil Mahadi (SIC Junior Team) - tiada mata

- Izam Ikmal (SIC Junior Team) - tiada mata


European Talent Cup


- Syarifuddin Azman (Dynavolt Intact SIC Junior Team) ke -16 (28 mata)

- Harith Haziq (Dynavolt Intact SIC Junior Team) – ETC Series 2 (10 mata)


#CEVRepsol #ONEXOX #SICJuniorTeam #IntactGP #RoadToMotoGP

4227 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020