• Admin

Cub Prix: Two Wheels Motor Racing Impikan Lebih Banyak Litar Lumba Kekal

KUALA LUMPUR, 23 Dis -  Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan terus mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri serta para pemegang hak dalam usaha untuk mewujudkan lebih banyak kemudahan litar lumba kekal untuk melancarkan penganjuran kejuaraan nasional itu.



Setakat ini, tiga pusingan untuk musim 2020 nanti  bakal dilangsungkan di litar lumba kekal dan ini adalah seiring dengan objektif utama pihak penganjur untuk membantu kemudahan sedia ada, selain menuntut lebih banyak fasiliti perlumbaan diwujudkan pada masa akan datang.


“Tiga puluh peratus daripada kejuaraan ini bakal diadakan di litar kekal dan ia merupakan satu permulaan yang baik. Sejujurnya, Cub Prix mahukan lebih banyak pusingan diadakan di litar tetap yang serba lengkap, sekali gus menepati standard yang dituntut dalam kejuaraan kompetitif seperti ini.


“Buat masa ini, kami sedang bekerjasama dengan beberapa tuan rumah bagi venue kejuaraan yang telah menunjukkan minat untuk mengubah litar jalanan kepada litar lumba kekal. Justeru, kami berharap usaha ini akan menjadi berita gembira untuk dikongsi pada pertengahan musim 2020 nanti,” jelas Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.


Daripada 10 pusingan yang dijadualkan berlangsung pada musim 2020 nanti, tiga pusingan akan diadakan di litar lumba kekal iaitu di Litar Lumba Tangkak, Johor, Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu dan pusingan penutup musim di Litar Antarabangsa Sepang.


Kalendar Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim 2020 akan bermula pada bulan Mac depan dengan Litar Lumba Tangkak bakal menjadi venue untuk pusingan pembuka tirai.


Pusingan kedua akan berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang diikuti Pusingan 3 di Kota Bharu, Kelantan.


Selepas aksi di Kota Bharu, kejuaraan berprestij ini akan berehat seketika bagi menghormati bulan Ramadan dan Syawal, dan selepas itu akan diteruskan dengan aksi Pusingan 4 yang akan berlangsung di Pontian, Johor.



Pontian kembali menjadi tuan rumah pada musim 2020 nanti selepas membuat penampilan pertama pada musim 2019 sebagai hos untuk Pusingan 4.


Teluk Intan akan menjadi hos untuk Pusingan 5 diikuti Kangar yang bakal menjadi venue untuk saingan Pusingan 6.


Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu yang membuat kemunculan sulung sebagai hos pada musim 2019 akan menjadi tuan rumah untuk Pusingan 7 pada bulan September.


Venue untuk Pusingan 8 masih belum diputuskan buat ketika ini dan ia akan diumumkan kemudian.


Seperti biasa, Jempol, Negeri Sembilan kekal sebagai hos untuk Pusingan 9 diikuti aksi penutup musim di Litar Antarabangsa Sepang pada bulan November nanti.


Berikut kalendar Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS untuk musim 2020:


Pusingan 1 – Litar Lumba Tangkak, Johor (14-15 Mac)                          

Pusingan 2 – Batu Kawan, Pulau Pinang (28-29 Mac)

Pusingan 3 – Kota Bharu, Kelantan (17-18 April)

Pusingan 4 – Pontian, Johor (13-14 Jun)

Pusingan 5 – Teluk Intan, Perak (11-12 Julai)

Pusingan 6 – Kangar, Perlis (29-30 Ogos)

Pusingan 7 – Kuala Terengganu (11-12 September)

Pusingan 8 – AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN (10-11 Oktober)

Pusingan 9 – Jempol, Negeri Sembilan (7-8 November)

Pusingan 10 – Litar Antarabangsa Sepang (21-22 November)

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020