• Admin

Damok Raih 5 mata Berharga Di Valencia

Kategori FIM Moto3 ™ menyaksikan persembahan cukup baik, walaupun kemalangan di selekoh 14 antara David Salvador dan Gerard Riu yang menyebabkan bendera merah di kibarkan.


Gambar: SIC Junior

Setelah bersambung semula sebanyak 12 pusingan menyaksikan Pedro Acosta (MT-Foundation 77) mendahului bersaing dengan rakan sepasukan Izan Guevara, sementara Daniel Holgado (Openbank Aspar Team) melepasi Matsuyama Takuma dari Jepun.


Jose Julian Garcia dikenakan penalti (pusingan panjang). Izan berjaya memintas Holgado di selekoh 8 dan juga melepasi Acosta di selekoh 14 pada pusingan terakhir. Izan Guevara meraih kemenangan kelima dan mendahului kedudukan keseluruhan buat pertama kalinya.

Bagi pelumba negara, Syarifuddin Azman (Damok) berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-11 dan kumpul 5 mata berharga di Valencia. Damok yang bermula pada kedudukan 19 berjaya perbaiki kedudukan setelah bendera merah dikeluarkan dipertengahan perlumbaan.


“Saya berpuas hati dengan persembahan saya hari ini. Ini adalah perlumbaan yang sukar. Banyak pelumba jatuh. Ketika bendera merah dikeluarkan, itu adalah peluang untuk saya memanfaatkan untuk berada di kumpulan kedua.”
“Kemudian saya mengekalkan kedudukan dan terus berentap dengan kumpulan kedua dan mengakhiri perlumbaan di P11. Penamat di P11 sangat bagus bagi saya kerana saya berjaya memperoleh mata untuk diri sendiri. Untuk esok, saya akan memberikan lebih banyak daripada hari ini! .”

Kategori Moto3 akan berlangsung sebanyak 2 perlumbaan pada esok dan juara keseluruhan bakal ditentukan esok. Keputusan Perlumbaan Moto3 Kejuaraan Eropah:


1. GUEVARA,Izan, SPA, Openbank Aspar T. (20:04,385)

2. ACOSTA,Pedro, SPA, MT-Foundation 77 (20:04,458) +0,073

3. HOLGADO,Daniel, SPA, Openbank Aspar T. (20:04,577) +0,192

4. MATSUYAMA,Takuma, JPN, Asia Talent Team (20:07,657) +3,272

5. GARCÍA,José J, SPA, SIC 58 Squadra Corse (20:09,334) +4,949

11. SYARIFUDDIN AZMAN, MAS, MONLAU MOTORSPORT (20:17,901) +13,516

63 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020