• Admin

Danilo Petrucci Pelumba Ducati Pertama Memenangi Perlumbaan di Le Mans



Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar buat pelumba dari Itali yang terpaksa menunggu sehingga perlumbaan ke-9 untuk memenangi perlumbaan bagi musim ini.


Pencapaian terbaik Danilo pada tahun ini sebelum memenangi perlumbaan di Litar Bugatti ini adalah menamatkan kedudukan ke-7 di Austria walaupun dibekalkan dengan jentera 'factory' Ducati.


Danilo yang bermula dari petak ke-3 bermula dengan baik apabila berada dengan kelompok hadapan dan mengekalkan rentak dalam keadaan cuaca yang basah.


"Menakjubkan. Sejak pagi berasa cukup baik apabila merasakan akan berlumba dalam keadaan cuaca kering. tetapi apabila saya melihat keadaan litar basah, saya sedih resah. Namun saya rasakan saya cukup baik dalam keadaan litar basah dengan rekod perlumbaan sebelum ini. Saya juga mempunyai pengalaman baik apabila kerap menaiki podium.


"Kemenangan ini adalah hadiah kepada mereka yang percayakan ketika saya berada pada waktu sukar. Saya betul-betul gembira dan seakan-akan tidak tahu apa yang saya buat"


Pada 2018, Danilo menamatkan perlumbaan di tempat yang ke-2 dan pada 2019 di tempatkan ke-3 di Le Mans namun bukanlah dalam keadaan litar basah disebabkan perlumbaan musim sebelum ini diadakan lebih awal di biasa. Danilo juga mencatat sejarah kepada Ducati apabila memenangi perlumbaan di litar ini buat pertama kali.

27 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Valentino Rossi Positf Covid -19

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020