• Admin

Danilo Petrucci Sertai Red Bull KTM Tech3 2021 Menggunakan Jentera KTM RC16s

KTM telah mengesahkan nama yang akan bersama mereka dalam kempen 2021. Pasukan Red Bull KTM Factory Racing dibarisi oleh Brad Binder dan Miguel Oliveira manakala Danilo Petrucci akan bergandingan Iker Lecuona dalam pasukan Red Bull KTM Tech3. Kesemua 4 pelumba akan menggunakan jentera KTM RC16s.



Miguel Olivera berpindah ke pasukan 'factory' bersama-sama dengan Binder yang akan menjadi tahun ke-3 beliau dalam kencah MotoGP dan juga merupakan musim ke-6 bersama pasukan KTM. Manakala Binder yang berumur 24 tahun akan muncul buat kali pertama dalam MotoGP pada tahun 2020 namun harus menunggu sehingga Julai disebabkan program MotoGP ditunda akibat Covid-19.



KTM sekali lagi mengikat kontrak Binder bagi tahun 2021 dan meneruskan kesetiaan sejak 2015 dengan rekod muncul juara Moto3 pada 2016. Kedua -dua pelumba ini telah memenangi kategori Moto2 dan Moto3 dan merupakan hala tuju utama pengstrukturan KTM yang turut dikenali sebagai 'KTM GP Academy' yang dicungkil dari Red Bull MotoGP Rookies Cup.


Bagi KTM, ini kali kedua mereka menggunakan pelumba dari Itali dengan mengambil kira 9 musim beliau dalam kejohanan MotoGP. Pelumba yang terkenal dengan gelaran 'Petrux' itu telah 9 kali menaiki podium sejak memasuki grand Prix pada 2012.


Sebelum ini, KTM telah pun mengucapkan terima kasih kepada Pol Espargaro yang telah bersama dengan KTM selama 4 tahun dan memilih haluan berbeza bagi merancakkan lagi kejohanan yang cukup terkenal ini.



MotoGP 2020 akhirnya akan bermula dengan penganjuran Grandes Premios Red Bull de España dan Andalucía di Litar Jerez selatan Sepanyol pada 19 dan 26 Julai.


Sumber: MotoGP





6 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png