• Admin

Dovi, Fabio Jelas Cuaca Panas Di Jerez Menyukarkan Rentak

Jerez mencatatkan antara suhu trek tertinggi dengan 53 darjah dan merupakan suhu yang paling tinggi sejaa kembalinya Michelin dalam MotoGP dari 2016. Namun rekod paling tinggi mengikut data yang dikeluarkan oleh pengeluar tayar Michelin adalah di Catalunya pada 2017 dengan suhu mencecah 54 darjah.


Rekod di Catalunya tahun 2017 dimenangi oleh Andrea DOVIZIOSO, kedua Marc MARQUEZ dan diikuti oleh Dani PEDROSA.



Bagi juara pertama kali, Fabio menyatakan kepada MotoGP mengenai tayar:


"Cengakaman sangat teruk, jika anda lihat kembali data, ia hambir satu saat perlahan terutama banyak getah tayar Moto2 dan Moto3, jentera memang sukar dikawal tetapi kami berjaya mengawal keadaan dengan muncul juara di Jerez. Itu lebih penting."


Bagi pemenang tempat ketiga dari pasukan Ducati Team, Dovi sedikit kecewa dengan prestasi tayar di Jerez.


"Sukar. Sukar daripada Malaysia dan Thailand. Saya tak boleh capai kelajuan maksimum dan saya tak boleh kekalkan intensiti. Saya rasa tidak selesa dengan tunggangan dan tak boleh maksimakan kelajuan."


Kesemua pelumba MotoGP keseluruhannya menggunakan tayar baru dengan kombinasi tayar depan - Slick/Hard; tayar belakang - Slick/Soft kecuali Maverick Vinales dan Valentino Rossi menggunakan kombinasi tayar depan - Slick/Soft; tayar belakang - Slick/Soft dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP.


"Pemilihan tayar pada kali ini hampir kesemuanya sama namun hanya dua pelumba sahaja berlainanan (Maverick dan Valentino). Tayar depan lembut memberikan grip yang baik namun masih sukar untuk menentukan kerana kebiasaan kita berlumba disini pada May dan datang kembali pada November."


"Paling gembira adalah Fabio dapat mencipta rekod 'All Time Lap Record' dengan 1:36.705 menggunakan tayar baru dengan kombinasi tayar depan - Slick/Hard; tayar belakang - Slick/Soft. Itu adalah ganjaran terbaik buat Michelin yang bekerja keras menghadapi cuaca di Jerez." bercakap Piero Taramasso selaku pengurus Michelin Two-Wheel Motorsport.


Michelin mengikat kontrak bersama MotoGP sehingga 2023 terus bekerja keras membangunkan tayar terbaik dengan data baru kerana jadual pada 2020 berubah daripada biasa. Tayar baru yang diperkenalkan oleh Michelin mempunyai lebih kestabilan dan cengkaman. Ia telah pun diuji di Sepang dan Qatar.


Michelin mengsyorkan penggunaan tayar 'asymmetric' pada tayar belakang dengan campuran kompaun keras dan tayar depan masih menggunakan tayar 'symmetric' dengan kompaun lembut bagi mendepani 5 selekoh kanan, 8 kiri.


MotoGP akan berehat beberapa hari sebelum kembali pada litar yang sama pada Jumaat ini.


9 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020